Thursday, March 8

KHALID GAGAP LAGI TENDER TERBUKA?



Apa kejadah nie depa buat kat Selangor,Dulu bukan main lagi dok londeh kata Pemimpin UMNO main duit dan rasuah.Nie bila Pakatan Haram memerintah jadi lagi teruk dari dulu....Orang yang sama jugak dok londeh semua nie....Bab cover direct deal mera deal nie Guan Eng pandai,Cuma Kalid Gagap saja yang bangang.Kalu Guan Eng boleh kata kat Khalid tiru macam saya,Tengok isu Bayan Mutiara walaupun Rundingan terus tapi saya berjaya tipu sama UMNO kata itu Open Tender......Mau tipu laian kali belajar sama saya ma?
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinannya ada memberikan kontrak secara rundingan terus namun menafikan ia membabitkan jumlah ratusan juta ringgit seperti didakwa oleh blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya, Malaysia Today.
Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah mahupun butiran kontrak yang ditawarkan itu namun menegaskan bahawa beliau akan mendedahkannya pada sidang Dewan Undangan Negeri nanti.
Saya tidak mahu menjawab tulisan Raja Petra sebab terlalu banyak yang salah dibuat. Walau bagaimanapun saya akan mengeluarkan dokumen tentang (dakwaan Raja Petra)," ujarnya. 
"Kita mempunyai proses ketelusan dari segi pentadbiran, saya akan mengeluarkan dokumen kontrak-kontrak yang tidak dilakukan  secara tender atau sebut harga sejak 2006-2010. Saya akan letakkan di dewan Undangan Negeri dan kita bersedia beri jawapan," katanya dalam sidang media Exco  di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), di sini, hari ini. 
Beliau juga berharap pihak berkaitan tidak akan membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan itu.
"Angkanya boleh jadi tak serupa, rundingan ini juga berlaku dalam kerajaan persekutuan sejak 30 tahun dulu, ini bukan perkara yang luar biasa. Kita akan tunjukkan cara-cara keputusan (rundingan) dibuat,"  ujarnya lagi.
Raja Petra, dalam blognya mendakwa kontrak lebih RM250 juta telah ditawarkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Khalid melalui tender secara terus dan rundingan dari 2008 hingga 2010. 
Penyelaras Barisan Nasional (BN) negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam reaksinya berkata Khalid gagal mengkotakan janji kepada rakyat pada 2008 lalu bahawa kerajaan negeri pimpinannya akan menghentikan amalan tawaran tender secara rundingan terus bagi mengekang ia dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu.

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng sampai hari tak jawab lagi soalan teknikal yang disoal oleh Ir Sheik KP Penang.Dedahan akan dibuat Lepas nie.... 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive