Thursday, March 8

PENJELASAN The Star TIDAK MEMUASKAN.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berpuas hati dengan penjelasan The Star berhubung penyiaran gambar seorang artis luar negara dengan tubuhnya bertatu tulisan "Allah" di akhbar itu 27 Februari lepas.
Sehubungan itu, KDN menuntut akhbar berbahasa Inggeris itu mengemukakan cadangan tindakan lebih tegas kepada kementerian bagi memastikan kesilapan sama
tidak berulang selain dapat dijadikan pengajaran pada masa hadapan.
"KDN ingin menegaskan supaya The Star dan pihak media seluruhnya mengambil tindakan 'preventive', 'corrective' dan 'informative' bagi mengelak paparan
kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," kata KDN dalam kenyataan hari ini.
Pada 27 Februari lepas, KDN meminta The Star memberi penjelasan mengenai penyiaran gambar berkenaan.
Sehari kemudian, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan pembatalan konsert penyanyi itu yang dijadual 29 Februari
kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Beliau dilaporkan berkata perbuatan artis itu meletakkan tulisan "Allah" di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.
The Star dalam pada itu membuat permohonan maaf di akhbarnya dan laman portal beritanya berhubung penyiaran gambar berkenaan. - Bernama
MKP Ayat Sempoi ; Apa nak jadi dengan manusia akhir zaman nie sampai nama allah dipermainkan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive