Saturday, March 3

MELAYU DIMURTADKAN OLEH AKTIVIS GEREJA?




Selepas diasak oleh Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mendedahkan video pemurtadan orang Islam di Selangor, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berjanji berbuat demikian dalam masa dua minggu.

Beliau berkata rakaman sepasang suami isteri yang menjadi mangsa pemesongan akidah oleh aktivis gereja akan ditayangkan setelah isu-isu keselamatan mangsa terbabit diselesaikan.

"Bagaimana saya nak tunjukkan mereka ini seperti mana yang diminta? Siapa dapat jamin keselamatan mereka? Jika ada, saya akan pujuk mereka untuk mereka berdepan dengan masyarakat. Kita kena fikir," kata beliau.

Menurut Hasan, beliau tidak bermasalah membekalkan video itu kepada pihak-pihak berkenaan yang mahukannya.

Beliau membidas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana memandang remeh isu murtad sungguhpun Unit Selamatkan Akidah (USA) dalam kerajaan negeri mengesan masalah itu.

"Unit ini telah menerima lebih daripada 50 kes melibatkan orang Melayu/Islam yang telah menggugurkan keIslaman mereka untuk menjadi penganut agama Kristian. USA telah berusaha dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Selangor untuk membawa mereka semula ke pangkal jalan. Usaha-usaha ini telah menampakkan tanda-tanda positif," tambah Hasan.

MKP Ayat Sempoi : Bilalah Melayu akan sedaq yang DAP merangka untuk menghapuskan Islam dan Melayu Dibumi Malaysia ini.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive