Saturday, March 3

APA SEBENARNYA DISEBALIK HIMPUNAN HIJAU?




Apa sebenarnya yang cuba dilaungkan oleh pembangkang dalam Perhimpunan Hijau 2.0?

Adakah mereka mahu memperjuangkan alam sekitar yang akan tercemar?

Adakah mereka mahu menentang perlombongan nadir bumi yang dioperasikan oleh LYNAS?

Atau mereka tercari-cari isu untuk menambat hati pengundi untuk PRU13?

Atau juga mereka rasa buku jingga mereka akan terancam kerana pelaburan yang digalakan oleh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional?

Sekiranya anda atau mereka yang dari pembangkang menentang perlombongan nadir bumi cuba berfikir sejenak dengan apa yang ada disekeliling anda. Adakah anda menggunakan peralatan ini atau tidak?

1. Telefon pintar seperti iPhone dan Androids anda tidak boleh bergetar (vibrate) tanpa kuasa magnet yang diperbuat dari bahan nadir bumi yang dinamakan Neodymium (unsur 60)

2. Jantung turbin angin ialah sebuah magnet kekal yang dibuat dari nadir bumi yang dinamakan Neodymium (Unsur 60) yang membantu menjana tenaga elektrik dan tenaga mekanikal bagi mengerakkan turbin.

3. Lampu kalimantang bergantung kepada lapisan Logam Terbium (unsur 65) juga bahan dari nadir bumi yang digunakan untuk menghasilkan cahaya putih yang terang.

4. Peralatan ketenteraan juga banyak menggunakan bahan dari nadir bumi seperti Yttrium (unsur65) yang digunakan sebagai penebat haba didalam sistem ekzos jet.

5. Anda boleh menonton televisyen dirumah tanpa menggunakan bahan dari nadir bumi, tetapi gambar televisyen membosankan seperti ditahun 50-an dan 60-an kerana imej yang malap. Europium (unsur 63) digunakan ke dalam skrin televisyen bagi menaikkan warna merah ditelevisyen anda dan Terbium (unsur 65) digunakan untuk menghasilkan warna hijau terang.

6. Serium (unsur 58) adalah logam nadir bumi yang paling banyak digunakan. Ia digunakan kedalam bahan api (diesel) untuk membantu proses pembakaran lebih cekap. Ini juga bermaksud anda telah berjumpa dengan logam nadir bumi ini hampir disetiap jalan raya di Malaysia.

7. Disprosium (unsur 66) digunakan dalam pembuatan laser, injector bahan api, cakera padat dan didalam pembuatan kenderaan hibrid.

8. Europium (unsur 63) digunakan sebahagian dari proses mengesan pesakit sindrom Down.

9. Erbium (unsur 68) digunakan untuk menghasilkan penapis fotografi, kaca mata hitam, perhiasan dan penguat bagi gentian optik.

10. Holmium (unsur 67) mempunyai unsur magnet yang kuat dan digunakan dalam perubatan dan juga bidang pergigian.

MKP Ayat Sempoi : Himpunan Hijau Di Pulau Pinang cuba dimanipulasi oleh Guan Eng serta wartawan menyalahkan pihak Polis serta Melayu Umno.Kejadian sebenar telah diputar belitkan menyalahkan pihak lain sedangkan Penganjur tidak mendapat kebenaran/memaklumkan kepada pihak Polis terlebih dahulu.Di Pahang penganjur telah mendapat kebenaran serta permit dan diluluskan oleh Polis dengan bersyarat.Kekecohan di speaker corner dimulakan sendiri oleh wartawan Adam Chew memulakan aksi Kung-fu dan diserang balas oleh Pemuda.Desakan hebat dari akhbar versi Mandarin hari ini menyiarkan muka hadapan semua yang terlibat.Ini telah mengeruhkan lagi keadaan sedangkan siasatan Polis masih lagi berjalan.



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive