Tuesday, October 28

APA YANG MENARIK HARI INI.................?


Perhatian hari ini bertumpu ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bila perbicaraan dua hari rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dapatinya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun bermula.

Polis telah mengenakan kawalan keselamatan yang ketat sekitar kompleks Istana Keadilan yang antaranya menempatkan mahkamah berkenaan.Cuma lebih 200 penyokong Anwar berkumpul sekitar komplek berkenaan.

Ramai wartawan termasuk dari luar negara tidak dapat masuk ke kamar perbicaraan kerana tempat yang terhad.Hanya 18 orang wartawan media arus perdana dan dua portal sahaja dapat pas masuk.

Setakat ini suasana sekitar mahkamah terkawal walaupun sebahagian dari penyokong Anwar seperti biasa dari masa ke semasa memekak dan buat bising untuk tarik perhatian.

Mereka datang dengan pelbagai gelagat termasuk memakai t-shirt 'Rakyat Hakim Negara' dan membawa spanduk kecil bertulis ' Bebaskan Kehakiman'

Anwar tiba di mahkamah jam 9 pagi dengan ditemani Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

Ketua Hakim Negara,Tun Ariffin Zakaria mengenai penal lima hakim yang akan mendengar rayuan kes berkenaan.

Empat yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Barisan peguam Anwar ialah seramai 14 orang.Ia diketuai oleh bekas hakim Datuk Seri Gopal Seri Ram.

Gopal mengantikan Suleiman Abdullah yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Manakala pihak peguam pendakwa diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah.Bersama beliau ialah Timbalan Pendakwaraya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.- 28/10/2014-OLEH NOOR HASILAH ISMAIL...GAMBAR OLEH MOHAMED HIEKAL

1 comment:

Anonymous said...

orang islam tahu mempertahankan orang yang terbukti bersalah adalah salah dari segi ugama, loyar Suleiman Abdullah tahu hal itu sebab itu tarik diri, ada integrity, loyar gopal and geng peduli apa..wang ada mari besar besar mari,,salah pun mau lawan cuba nasib..kalah menang apa kira wang besar sudah ada dalam bank..ingatlah loyar tugas kamu mempertahan kebenaran atau bela untuk kebenaran dan keadilan..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive