Sebentar tadi Ir Shaik Hussein, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang telah mengadakan sidang akhbar mendedahkan beberapa lagi dokumen penting tentang skandal tapak Masjid dan sekolah di Bayan Mutiara.
Dokumen-dokumen tersebut sangat penting serta menunjukkan bahawa Lim Guan Eng DAP, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang seperti telah terperangkap di dalam skandal yang melibatkan kepentingan rakyat Pulau Pinang termasuk Melayu, Cina dan India.
Dokumen-dokumen di bawah menunjukkan perincian pelan asal Bayan Mutiara Fasa 1 termasuk tapak masjid dan sekolah. Selain daripada itu, disertakan juga beberapa dokumen seperti perjanjian pemaju yang akan menyerahkan tapak sekolah kepada Kementerian Pelajaran.
Manakala kenyataan Lim Guan Eng DAP yang menuduh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sebagai rasis kerana membangkitkan skandal masjid juga merupakan satu tuduhan anak kroni tegar Lim Kit Siang itu. Jika merujuk kepada pelan asal, tapak masjid dan sekolah telah dikemukakan maka Pemuda Pulau Pinang memperjuangkan segala yang te.ag didedahkan sebelum ini.
Dalam skandal ini, Lim Guan Eng dilihat cuba memutarbelitkan isu dan mengaburinya dengan melencongkannya kepada isu-isu lain.
Inilah sikap Lim Guan Eng DAP yang tidak menjawab isu tetapi mengambil jalan kurang bijak.
Begitu juga dengan kenyataan Ketua AMK Negeri, NGO negeri dan pemimpin PAS yang ternyata tidak arif tentang skandal ini tetapi cuba berlagak pandai. Akhirnya, mereka termalu sendiri.
MiM akan siarkan video kenyataan lengkap Ir Shaik Hussein di artikel seterusnya.
No comments:
Post a Comment