Sehari selepas pembangkang membantah laporan penambahbaikan proses pilhanraya umum, penganjur BERSIH mengumumkan bantahan siri ketiga pada hujung bulan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.Lokasi itu ditetapkan oleh penganjur sungguhpun Dataran Merdeka tidak diwartakan untuk tapak perhimpunan aman.
Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0), Datuk A Samad Said pada sidang akhbarnya hari ini berkata perhimpunan berkenaan akan menggunakan slogan 'Duduk Bantah' yang akan mempunyai impak lebih.
Parlimen semalam meluluskan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang menangani beberapa isu yang dibangkitkan oleh penganjur BERSIH sebelum ini.
Laporan PSC itu mengandungi 22 syor dan cadangan yang meliputi lima isu utama iaitu perundangan dan pindaan peraturan, menambah baik proses pilihan raya, meningkatkan mutu daftar pemilih, memperkukuh kedudukan SPR dan persempadanan, pembiayaan politik dan sistem alternatif.
Syor dan cadangan diperoleh oleh PSC daripada sesi pendengaran awam, maklum balas anggota jawatankuasa dan hasil penelitian semula jawatankuasa kecil serta pemerhatian semasa lawatan kerja yang dilakukan oleh jawatankuasa berkenaan pada tahun lalu.Samad mensasarkan 500,000 orang akan menyertai BERSIH 3.0 dan senada dengan pembangkang yang menolak laporan PSC itu walaupun wakil mereka menganggotai jawatankuasa berkenaan.
MKP Ayat Sempoi ; Hari tue dah kantoi bersih 2.0 kali nie apa pulak?
No comments:
Post a Comment