Saturday, April 7

BILA MASA MAHFUZ JADI TOK BOMOH TANGKAP HANTU?


Nama-nama jin dan hantu di dalam masyarakat melayu tidak tercatat di dalam al Quran dan hadith bukan bermaksud kewujudan mereka ditolak.Sebagaimana nama melayu,jawa,minang dan bangsa-bangsa lain tidak terdapat di dalam al Quran dan hadith,namun tiada seorang pun yang menolak kewujudannnya.Tidak di ketahui secara tepat samada jin yang memberi nama-nama tersebut atau manusia yang menggelar mereka dengan nama-nama tersebut.Antara jenis-jenis jin atau hantu dalam masyarakat melayu ialah :

Bajang

Bajang adalah golongan jin yang dipelihara oleh manusia bertujuan memudaratkan musuh. Sesiapa yang ingin memilihara bajang sebagai kahdamnya hendaklah melakukan pemujaan terhadap jin melalui mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan jin jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing . Antara gangguan yang dilakukannya ialah menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Tuan bajang hendaklah menyimpan bajang di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya ingin ‘menyerang’ musuhnya

Hantu Raya

Hantu Raya adalah golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Ia dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat dan juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Tuan Hantu Raya yang dipelihara itu perlu memberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian mengandungi telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Bahaya berdamping dengan Hantu Raya dan sama bahaya berdamping dengan Mahfuz

a. Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.

b. Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.

c. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.

d. Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal
Salah satu kaedah tuan punya menurunkan hantu rayanya kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.Geng PAS dan PKR boleh balun bini orang.....



Dalam satu ceramah anjuran Ngo BERSIH 3.0 semalam di ibunegara, Mahfuz telah buat satu pendedahan paling mangkak dan sejak bila pulak dah jadi bomoh.. Kata Mahfuz, pendedahan dia tu mampu menumbangkan BN pada PRU13 nanti..

Mengikut kenyataan Mahfuz, 3-4 hari lepas telah berlangsungnya satu program anjuran Umno. Dalam program Umno tu ada disediakan pulut kuning tiga lapis untuk orang ramai..

Yang bestnya, Mahfuz dakwa pulut kuning 3 lapis tu berharga RM 19ribu... Diulangi sekali lagi..., Sembilan belas ribu ringgit Malaysia.Awat UMNO nak bagi hantu raya mana makan apa punya bangang statement Mahfuz ni.. Memang mustahil pulut kuning 3 lapis berharga sampai RM 19ribu.., tapi itulah yang Mahfuz kata..Mahfuz dari Pokok Sena tu.. Nampak sangat akal dia hanya bertaraf budak-budak tadika PASTI..

Dan Mahfuz kata.., lagi 2-3 hari dia akan dedahkan semua bukti pasal dakwaan dia tu..

Come on lah Mahfuz..., buat pulut kuning berharga RM 19ribu nak buat apa? Nak buat halau hantu setan Pakatan agaknya kot?

MKP Ayat Sempoi ; Bodoh punya Mahfuz!!

1 comment:

YOPSAPU said...

biar otak setaraf tadika Pasti dari mcm hang yg setaraf tadika Kemas!! Tadika Pasti bebudaknya pandai berdoa,hafal ayat2 lazim, tahu serba sedikit ilmu agama jika di bandingkan dgn bebudak Kemas yg hanya tahu menyanyi dan menari.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive