Kepimpinan pentadbiran DAP di Pulau Pinang ibarat membawa ‘gendang kosong’ yang diketuk bagi mencanangkan apa yang mereka lakukan dan menyalahkan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan tanpa mereka perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin dan pentadbir kerajaan negeri.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria menyelar sikap kepimpinan kerajaan negeri yang berketua menterikan Lim Guan Eng lantaran sikap bermuka-muka khususnya dalam memberikan bantuan kepada masyarakat miskin.
“Mereka (DAP) cerita beri bantuan macam-macam sedangkan itu semua tidak benar dan ini telah terbukti di kawasan saya sendiri apabila tidak ada sebarang bantuan dihulurkan oleh kerajaan negeri bukan saja kepada penduduk setempat tetapi juga kepada mana-mana individu yang ditimpa kemalangan atau bencana,” katanya,
Terang beliau, masyarakat yang tinggal di pedalaman dan kampung-kampung dipinggirkan dari aspek pembangunan dan bantuan kerana tumpuan mereka adalah kepada kelompok tertentu sahaja sehinggakan ibaratnya tidak wujud masyarakat desa di negeri tersebut.
“Jika ada pemberian wang ringgit RM100 sebagaimana yang diberikan kepada warga emas sebelum ini maka ia sebenarnya tidak menyeluruh kerana hanya diberikan kepada mereka yang mendaftar menjadi pengundi di Pulau Pinang saja manakala warga emas yang tidak berdaftar atau mengundi di negeri lain akan diketepikan walhal mereka ini juga adalah pembayar cukai.
“Di kawasan saya sendiri tidak ada langsung bantuan diberikan sehinggakan penduduk yang mahu membaiki rumah, ditimpa kebakaran, pembinaan jalan raya, saliran air dan macam-macam lagi terpaksa saya salurkan kepada pihak kementerian yang dikendalikan terus oleh kerajaan pusat malahan budaya lama BN memberikan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetap berlangsung tanpa mengira idealogi politik masing-masing.
” Jelas beliau lagi, pelaksanaan keputusan Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng sendiri dengan ahli lembaganya terdiri di kalangan anggota mereka telah mengenakan caj baru iaitu 20 peratus lebih tinggi daripada kos penggunaan lebihan air atas alasan menghadkan penggunaan air kepada 233 liter sehari berbanding sekarang 286 liter sehari. Dengan kata lain, mana-mana pengguna menggunakan lebih daripada 233 liter sehari mereka akan dikenakan bayaran surcaj tambahan 24 sen satu meter padu.
“Ini adalah tidak adil bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai khususnya bagi penduduk-penduduk kurang berkemampuan dan miskin kerana tentunya akan menambahkan beban dalam kehidupan mereka. “Senang cakap mereka ini gagal dalam pentadbiran dan hanya pandai bercakap saja sebagaimana mereka laungkan kononnya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, ‘amar maaruf nahi mungkar’ dan macam-macam lagi sedangkan realitinya mereka hanya layak untuk tetap menjadi pembangkang berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu .
” Ujarnya lagi, contoh DAP tidak layak dalam pentadbiran juga dapat dilihat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana pakatan pembangkang lebih cenderung melemparkan cacian kepada BN/UMNO dengan pelbagai tuduhan negatif sedangkan sebuah kerajaan perlu menerangkan kepada rakyat apa yang berlaku atau dasar yang ingin diperkenalkan.
“Jika ada kemajuan atau projek pembangunan mega yang dilaksanakan di Pulau Pinang hari ini ia adalah hasil daripada pentadbiran BN atau saluran terus kerajaan Pusat sebagaimana pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, baik pulih kawasan pelancongan Bukit Bendera dan pelbagai kemudahan asas lain yang disalurkan melalui kementerian-kementerian di bawah pentadbiran BN. “Slogan CAT (Cekap, Akauntibiliti, Telus) yang dilaungkan tidak benar kerana mereka hanya menumpang pentadbiran BN.” – MediaUMNO
MKP Ayat Sempoi : DAP nie hanya pembohong dan putaq alam saja pandai.
No comments:
Post a Comment