Wednesday, April 4

Kelab Putera 1Malaysia Bawa Pulang Tiga Rakyat Malaysia Yang Cedera



Kelab Putera 1Malaysia berjaya membawa pulang tiga rakyat Malaysia dan seorang isteri mangsa warga Thailand, yang cedera dalam insiden pengeboman di sini Sabtu lepas.
Choo Kok Boon, 46, dari Petaling Jaya, Selangor dan isterinya, Somkhid Luagnut, 37, dimasukkan ke Hospital Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada kira-kira 12 tengah hari waktu Malaysia selepas dibawa keluar dari Hospital Rajyindee di sini.
Satu lagi pasangan suami isteri, Lew Kim Lai, 39, dan Lim Hock Bee, 37, dari Kuala Kedah, tiba di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9 malam dari Hospital Songkla Nagarind.
Pengerusi Kelab 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata mangsa yang pulang itu akan diperiksa semula bagi membolehkan mereka menerima rawatan lebih baik daripada pakar di tanah air.
"Mereka akan mendapat rawatan di hospital Malaysia yang berdekatan dengan kediaman mereka supaya mereka lebih selesa, selain bimbang faktor keselamatan tidak menentu di sini,", Selasa.
Kini hanya tinggal dua rakyat Malaysia, suami isteri, dirawat di Hospital Songkhla Nagarind

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive