Sindiket Dadah Ditumpaskan, Dua Lelaki Ditahan di Johor Bahru
-
Johor Bahru – Tak kira bagaimana liciknya taktik mereka, akhirnya sindiket
pengedaran dadah yang membungkus serbuk ekstasi dalam sampul menyerupai
mata wan...
Wednesday, April 4
PENJELASAN PEMUDA ISU BAYAN MUTIARA....
Pemuda UMNO PP merasakan sudah sampai masa menjelaskan semua perkara dengan fakta terperinci berkenaan penjualan tanah masjid dan sekolah di pembangunan Bayan Mutiara selama ini. Pemuda pertama kali mempersoalkan mengenai mengenai penjualan tapak masjid dan sekolah di bayan mutiara dengan memberikan nombor rujukan pelan kebenaran merancang kebenaran merancang iaitu JPB/PM/4490(LB)Pin.1 bertarikh 30 Oktober 2006.
Persoalan yang ditimbulkan sebaliknya tidak mendapat jawapan malahan mendapat ugutan untuk menyaman atas dasar kononnya pemuda memainkan unsur perkauman. Sehingga ke hari ini tiada jawapan mengenai pelan kebenaran merancang tersebut malahan satu-satunya jawapan yang telah dikeluarkan daripada ketua menteri hanyalah beliau telah menjual tanah bayan mutiara seluas 41.6 hektar yang tiada pecah sempadan. Dituruti pula jawapan daripada Zairil Khir Johari bahawa nyawa ketua menteri terancam dengan perkara ini dan UMNO, TV3 dan Utusan akan disalahkan jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada ketua menteri.
Malahan saya pula digelar bodoh dan dituduh tidak tahu sejarah Bayan Mutiara kerana kononnya pemimpin UMNO dulu yang perlu dipersalahkan apabila tiada pelan pecah sempadan yang dibuat sebelum ini yakni pada tahun 2006. Walaupun saya telah kemukakan semua fakta di media TV3,namun mungkin pemimpin pakatan rakyat cetek ilmu pengetahuan seperti Mujahid Yusof Rawa dan Pemimpin Kongres Melayu Rahmad Ishak yang terus mempertikaikan penjualan tapak masjid dan sekolah tanpa usul periksa atau mungkinkah sekadar membantu rakan mereka LGE yang sudah tersepit walaupun perkara ini melibatkan tanah milik orang Islam dan Rakyat miskin Pulau Pinang.
Biarlah saya menceritakan sejarah pembangunan bayan mutiara agar mereka lebih faham dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan kenyataan membuta tuli. Pelan merancang yang pertama telah dikemukakan kepada MPPP pada 3.3.2005 dengan beberapa pindaan yang akhirnya telah diluluskan pada 30.10.2006. Tapak pembangunan bayan mutiara ini merupakan tanah tebus guna yang rata, ditumbuhi belukar pepohon gelam berpasir dan terletak di persiaran sungai nibong. Dibawah Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan MPPP/PN-020(PL/PP)(F1/96) tapak ini ditunjukkan sebagai "Tanah/Projek Kerajaan/Utiliti dan Infrastruktur Awam". Keluasan tapak ini pada ketika itu adalah 93.06 ekar.
Pelan kebenaran merancang yang diluluskan pula mengandungi berbagai jenis perumahan dan kemudahan2 masyarakat lain terutamanya tapak sekolah seluas 6 ekar yang telah dipersetujui akan diserahkan kepada kementerian pendidikan ketika itu dan tapak masjid seluas 2.49 ekar yang telah dipusatkan dan perlu diserah kepada MAINPP. Dalam syarat yang ditetapkan dalam pelan kebenaran merancang tersebut tapak sekolah dan tapak masjid perlu diserahkan dengan pelan pecah sempadan dan milikan kosong sebelum memulakan kerja dan diluluskan pihak berkuasa negeri sebelum sijil kelayakan menduduki dikeluarkan. Namun begitu,oleh kerana tapak tersebut terletak diatas tanah yang ditebusguna, pihak PDC tidak dapat memperolehi Suratan Hakmilik Sementara yakni no.lot dan no. hakmilik daripada pendaftar hakmilik negeri pulau pinang yang pada ketika itu masih di bawah pegangan pihak kerajaan negeri dan pemajunya adalah anak syarikat PDC sendiri iaitu PDC Properties SB.
Pihak PDC juga pada ketika itu telah membuat akujanji dengan suratnya kepada MPPP akan mengemukakan permohonan pemberian milik tanah bagi projek ini terus kepada pihak berkuasa negeri kelak dan tidak perlu mengemukakan pelan pecah sempadan kepada MPPP pada ketika itu. Dengan jaminan tersebut permohonan memulakan kerja telah dibenarkan dan pembinaan fizikal fasa 1 bayan mutiara D'Residence telah dimulakan pada 27 september 2007. Sijil Layak menduduki untuk fasa 1 bayan mutiara dengan nombor pelan bangunan PB NO 44881(LB) telah diperolehi pada Julai 2010 yakni ketika proses tender bayan mutiara sedang berjalan . Sepatutnya Pelan pecah sempadan telah dikemukakan berdasarkan Suratan Hakmilik Sementara yang sepatutnya telah diperolehi. Pada ketika itu kerajaan negeri DAP telah menjual keseluruhan baki tanah 41.6 hektar termasuk laut yang akan ditebusguna.Cukup menghairankan semua agensi yang terlibat telah mendiamkan diri apabila tapak masjid dan tapak sekolah turut dijual.
Pemuda UMNO pada hakikatnya memang 'Hero Rakyat" apabila berjaya membongkar skandal ini. Pemuda UMNO akan tetap teruskan perjuangan walaupun digelar bodoh atau apa sahaja sehingga tapak masjid dan tapak sekolah seluas 8.49 ekar yang bernilai hampir 185 juta dengan kadar harga rm500 sekaki persegi sekarang. Perjuangan pemuda adalah untuk rakyat miskin pulau pinang yang jelas cuba dipinggirkan oleh kerajaan negeri DAP.
Tindakan LGE mendiamkan diri dan mengalihkan isu serta cubaan sesetengah pihak untuk membuatkan orang Islam bergaduh sesama sendiri dengan mengarahkan Mujahid Yusof Rawa dan Rahmad Ishak menghentam pemuda UMNO tidak akan berkesan kali ini. Penjelasan mengelirukan IVORY sekolah dan masjid akan dibina SEKIRA TIMBUL KEPERLUAN dan DI LOKASI LAIN YANG SESUAI tidak dapat diterima sama sekali. IVORY hanya merupakan kontraktor dan bukannya pemaju iaitu TROPICANA IVORY untuk menjawab isu ini. Penjelasan IVORY juga telah mengukuhkan lagi bahawa skandal penjualan tapak masjid dan tapak sekolah cuba dielakkan untuk diperjelaskan kepada rakyat oleh LGE.
Akhir sekali berbaloikah gula2 kerajaan negeri DAP yakni RM100 utk warga emas,RM1000 untuk kemasukan IPTA, RM1000 untuk pengurusan jenazah dan anak emas RM200 berbanding hak rakyat miskin bernilai RM185 juta yang hilang begitu sahaja.Ir Shaik Hussein
KEMBALIKAN TAPAK MASJID DAN TAPAK SEKOLAH BAYAN MUTIARA TANPA KURANG SEINCIPUN DAN PADA LOKASI YANG SAMA KERANA INI MILIK RAKYAT MISKIN PULAU PINANG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? - RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin h...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2012
(2109)
-
▼
April
(193)
- JIWA TENGAH KACAU NAK RASA PENAMPAQ SILA BUAT GILA
- VIDEO TERBARU DARI @PDRMsia MEMBUATKAN ANWAR KECUT...
- RAMAI YG SALAHKAN POLIS NAPE EK?
- VIDEO INI MEMBUKTIKAN ANWAR SURUH REMPUH DATARAN M...
- PANAS BEB BLOGGER @AMENOWORLD NAK BUNUH DIRI
- VIDEO PENDEMO SERANG POLIS HINGGA PECAH KEPALA.
- BOLEHKAH AMBIGA DIMAAFKAN SETELAH MENCETUSKAN KEGA...
- VIDEO SEMPOI : MALAYSIA KINI KANTOI MENIPU RAKYAT ...
- KUBAWA HATI YANG LARA?
- NIK AZIZ BOLEH DIKETEGORIKAN SEBAGAI PEMBUNUH?
- AL-FATIHAH : BERSIH TELAH MEMBUNUH,AMBIGA HARUS BE...
- LIM GUAN ENG DAP PATUT BELA DEPA NIE? @dzainalabidin
- VIDEO BUKTI : MONYET BERSHIT PUKUL POLIS.
- #bersih #bersih3 POLIS MANTAP DALAM MENJALANKAN KE...
- #BERSIH #BERSIH3 VIDEO POLIS DIBELASAH HINGGA MATI...
- #bersih #bersih3 ZURAIDAH MEMALUKAN WANITA DENGAN ...
- #Bersih #bersih3 KERETA POLIS DITERBALIKAN OLEH BE...
- #bersih #bersih3 Hina DYMM Pulak?
- #Bersih #Bersih3 MACAM NIE PUN BOLEH?
- #Bersih #Bersih2 #Bersih 3.0 RUSUHAN SERTA PROVOK...
- TERKINI SUASANA DATARAN MERDEKA.
- ANWAR BAWA GENG BALUN DEPAN BELAKANG SAMA RASA?
- BARUA!!!!!!! BANYAKNYA DUIT PKR NIE?
- WAJAH PAN-ASIA ARTIS MALAYSIA.
- MASJID PULAK AKAN DIPERMAINKAN OLEH AMBIGA?
- MEKAH DICEMARI DENGAN PERJUANGAN AMBIGA?
- YANG MELETUP PASTINYA DI MALAYSIA?
- VIDEO NAMEWEE PUKIMAK BAWAK CIKARO THAILAND SOKONG...
- PEKIDA BAGI AMARAN, SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK?
- @AMENOWORLD KANTOI MENIPU GAMBAR PM?
- ZARINA ANJOLIE BUAT HAL LAGI?
- KJ BALUN AMBIGA KAW-KAW PUNYA?
- OCCUPY DATARAN DAH MULA BERPECAH?
- TARIAN SEKSI TERBARU REJIM DAP MENYESATKAN ANAK MU...
- NORA DANISH MASIH RAMAI MENANTI?
- LIVE STREAMING - DEBAT @KHAIRYKJ -vs- @AMBIGA_S
- DIAN TAK KISAH DAN ANWAR PULAK?
- UMNO TANJONG TURUN PADANG MEMBERIKAN BANTUAN PINJA...
- PERIUK NASI 36ribu PEMANDU TEKSI DIPERTARUHKAN?
- BERSIH YANG MENIPU RAKYAT MALAYSIA?
- MELAYU PAS,INDIA PKR DAN CINA DAP,,,,LAWAK BEB?
- PADANG KOTA MANGSA BERSIH 3.0.
- GAMBAQ ANUWAR KANTOI BERSAMA SAMSIDAR LOLIPOP
- KELAINAN DALAM HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.
- USTAD ZIZAN PERLEKEH ISTANA KEDAH #savekedah
- ADUN TONG GAS TERCABAR DENGAN PENGERUSI BARU BN PU...
- TWITTER ZAHIDA RAFIK MAKIN PANAS?
- SOALAN MP KELANA JAYA ADA DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA...
- ANJING MANA PULAK TERLEPAS NIE?
- AISCREAM LA PULAK DRAMA TERBARU ANWAR?
- UCAPAN BERAPI KJ BUATKAN ADAM ADLI KECUT TELOQ.
- TIBAI BERBEZA DENGAN CIBAI?
- KANCIL OH KANCIL?
- KAUM INDIA BOLEH GOYANG KEPALA DENGAN KEHADIRAN PM?
- POCONG MUNCUL DI DATARAN MENDEKA,SERAM BEB?
- Team Barisan Artis Nasional Ditubuhkan.
- STACY DAN SELUARNYA?
- 1 MALAYSIA BERGEMA BUATKAN DAP RESAH?
- BANTAI,TIBAI,SAKAI DAN CIBAI MANA SATU PILIHAN HATI?
- BN PULAU PINANG SEDIA GEMPUR DAPig.
- BIAQ BODOH TAPI JANGAN JADI BODOH SOMBONG?
- ZAHIDA RAFIK DAH MULA BERSUARA?
- KUDA POLITIK TAK MENGUNTUNGKAN MAHASISWA?
- KHOO TSU KOON TAMATKAN KERJAYA POLITIKNYA?
- VIDEO ; BANGGA MENJADI CUCU P.RAMLEE...
- KANTOI BEB MINAH NIE BUKAN MAHASISWA TAPI BOHSIA U...
- DAP TOLAK PTPTN,TANYA GUAN ENG KALAU TAK PECAYA?
- ANWAR DISERANG POLITIK DUA ALAM MACAM BEWAK?
- NEELOFA PULAK KAT SABAH,DENGAN SHAFIE APDAL KE?
- BLOGGER PAKATAN MANGKUK HAYUN? @AmenoWorld @addin77
- PATUT LA ANAK MUDA SAMURAI HITAM MENGAMUK?
- TAHNIAH GUAN ENG,MAIPP DAH JADI DALCHA?
- ZAHIDA RAFIK NIE BETUL KE?
- SALLEH MAN DAH HINA PELEMBANGAAN NEGARA? @dzainala...
- NAK KAT HANG,LONDEH HABIS SEMUANYA?
- BERSHIT 3.0 GAGAL KUMPUL PESERTA?
- VIDEO SAMURAI HITAM MENGAMUK DI DATARAN MERDEKA.
- DATARAN MERDEKA KECOH AKSI PERGADUHAN MELETUS?
- APA KES NIE SAMPAI KENA TIBAI?
- ARTIS BERGADUH PASAL KETIAK.....CEHHHH?
- DATUK AZEEZ RAHIM BANTU MENANTU P. RAMLEE?
- PEMUDA UMNO ZIARAH BALU NASIR P.RAMLEE
- ISU POLITIK SEMPOI CIPTAAN SYURGA DAP?
- TERKINI : Pengerusi MIC Pulau Pinang meninggal dunia
- RUU Memperkasakan Peranan RELA Dibentang Di Parlim...
- BAKAL PM YANG KE 7 PUN MENYANYI KOPI DANGDUT?
- PERNAH DIRABA PUNGGUNG........LUFYA?
- BODOHNYA ANAK MELAYU JIKA BANGSA LAIN AMBIL KESEMP...
- PECACAI DAP (MELAYU) MAKAN BABI DI PULAU PINANG?
- JASA LAPORAN SYOK SENDIRI KE?
- DANA PILIHANRAYA - PAS, SATE DAN PELAJAR SEKOLAH
- 18SXXX ANWAR MESTI SUKA NIE PUNGKOQ MOVIE.?
- LISA SURIHANI HARGAI PENGORBANAN GURU.....ADAM ADL...
- SIAPA YANG PUKIMAK?????
- 500 BENDERA BN DIBAKAR,SIAPA PUNYA KEJA?
- #MansuhPTPTN MAKAN PUN SHEB BAGI?
- DIRA AWAT SAMPAI MACAM TUE,TELAN BENDA MEREPEK?
- #DEMOPTPTN DISULAMI DENGAN AKSI TERLAMPAU?
- AKAUN MAYBANK BOB KUMAN DISEKAT
- ALFATIHAH KEPADA PEMUDA BN PERAK. @Azwanbro
-
▼
April
(193)
1 comment:
Harap orang Melayu Islam Pulau Pinang buat sembahyang hajat memohon agar Allah SWT memberi petunjuk agar tapak Mesjid dapat dikembalikan dan seterusnya di bina untuk syiar Islam kepada orang-orang Pulau Pinang yang dapat Nur cahaya perjuangan. Biarlah mereka yang buta hati dan lembih mengelapkan oleh Allah SWT memberi alasannya demi politik. Kita berjuang untuk hak, mereka berjuang untuk undi.
Allahu akbar.
Post a Comment