Kenapa melayu masuk DAP?Itu persoalan yang telah dibawa oleh 3 melayu yang telah melancarkan ceramah keseluruh negara dalam usaha untuk mencari sokongan kaum Melayu kepada DAP.Apa tidaknya DAP adalah parti yang banyak dananya.....sanggup mengeluarkan dana demi apa saja?Ahad lalu telah diadakan ceramah "kenapa saya masuk DAP"yang telah dianjurkan oleh DAP cawangan Subang Jaya dan RoketKini....Yang bagi ceramahnya sudah tentu 3 ekoq melayu yang tak sedaq diri bahawa telah dipergunakan demi memecah-belahkan melayu.3 ekoq melayu itu adalah Arif Sabri Abdul Aziz(semongkol),Zairil Khir Johari (setiausaha politik LGE)dan Aspan Alias.isu yang dibawa seperti berikut;
(1) “Umno dan rasuah ibarat aur dengan tebing”Sakmongkol berkata dia kecewa dengan gejala rasuah dalam Umno yang sudah tidak dapat terkawal, berbeza dengan DAP yang bebas rasuah.
(2) “Umno sudah sakit dan tidak boleh diubati”Zairil berkata DAP mengamalkan keterbukaan serta tidak dibelenggu politik kronisme berbanding Umno yang sering mendalangi permainan perkauman dan agama.
(3) “Umno adalah kilang fitnah terbesar”
Aspan berkata walaupun tempoh yang dihabiskannya dahulu bersama Umno adalah suatu pembaziran masa, namun dia masuk DAP bukannya atas dasar merebut kerusi segera untuk bertanding PRU.
Sumber: The Malaysian Insider
buku yang pelembagaan.
Betulkah DAP tidak mempraktikkan kronisme? Jadi perkara Zairil dilantik CEO sebuah think-tank yang dibiayai pejabat Menteri Besar Pulau Pinang itu panggil apa?
Sebenarnya mengikut Fasal XXX (10) (c) perlembagaan DAP, seseorang ahli yang menyertai parti untuk tempoh kurang daripada dua tahun tidak berkelayakan untuk dilantik sebagai calon parti bagi pemilihan sebagai Adun dan/atau Ahli Parlimen.
Meskipun begitu, Sakmongkol – yang sudah dijanji DAP akan diberi kerusi – mendapat kelulusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat parti untuk dikecualikan daripada sekatan tersebut.
Kalau pengecualian boleh diberi kepada anak emas seperti evangelis Hannah Yeoh, Teo Nie Ching, Jeff Ooi dan Sakmongkol – Aspan dan Zairil juga nanti [?] – untuk diletakkan sebagai calon walaupun tidak memenuhi Fasal XXX (10) (c), pastinya pengecualian akan diberikan kepada anak ‘Bapa DAP’ Lim Kit Siang dalam hal-hal lain.DAP sebenarnya tidak menghormati perlembagaan partinya sendiri.
Sudah tentulah Guan Eng dikecualikan daripada Fasal X (2) perlembagaan DAP yang menyebut “Setiausaha Agung tidak boleh memegang jawatan itu bagi satu tempoh yang melebihi tiga penggal berturut-turut”.
Guan Eng mula menyandang jawatan Setiausaha Agung DAP pada bulan Mei 2004.
Fasal VIII (1) perlembagaan DAP menyebut bahawa kongres kebangsaan parti – serentak dengan pemilihan 20 orang ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat – patut diadakan setiap tiga tahun sekali.
Guan Eng akan tamat penggal ketiga perkhidmatannya tahun ini.
Akan tetapi DAP telah memutuskan untuk menangguh pilihanraya parti kerana dijangka PRU13 akan berlangsung tidak lama lagi. Ini bermaksud Guan Eng kekal menjadi Setiausaha Agung tanpa bertanding masuk penggal ke-4.
Melayu mana yang minat DAP?
Adakah DAP berjaya menarik orang Melayu menyertai parti?Tengok gambar hadirin di Subang Jaya ketika ceramah oleh ketiga-tiga ‘wajah Melayu’ DAP itu.
Hadirin Cina belaka - gambar ini dan yang di atas ditweet oleh Hannah
Dan alangkah ramainya pemimpin Melayu dalam DAP!
Life Advisor: Dr Chen Man Hin
Parliamentary Leader: Lim Kit Siang
National Chairman: Karpal Singh
Deputy Chairman: Tan Seng Giaw
Vice Chairman: M. Kulasegaran, Chong Chieng Jen, Chow Kon Yeow, Tan Kok Wai, Tunku Abdul Aziz Ibrahim
Secretary-General: Lim Guan Eng
Deputy Secretary-General: Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P. Ramasamy
National Treasurer: Fong Kui Lun, Nga Kor Ming (asst)
National Organising Secretary: Teresa Kok, Vincent Wu Him Ven (asst), Thomas Su Keong Siong (asst)
National Publicity Secretary: Tony Pua, Teo Nie Ching (asst)
Political Education Director: Anthony Loke, Jeff Ooi (asst)
International Secretary: Liew Chin Tong
Central Executive Committee: Gobind Singh Deo, Ahmad Ton, Leong Ngah Ngah, Teng Chang Khim, P. Gunasekaran, Hiew King Cheu, Dr Boo Cheng Hau, Ronnie Liu
* Tunku Aziz dilantik sebagai naib presiden sebaik sahaja beliau menyertai parti — itulah konsep meritokrasi DAP, HA
Apa yang mereka bertiga diatas belum sedaq dan melihat dengan kepala mereka sendiri apa yang telah dirangcang oleh Lahanat DAP.... Menghasut dan memperlekehkan sistem Raja Melayu Berpelembagaan adalah agenda utama DAP.Mereka tidak pernah menghormati raja raja melayu.
Apa yang rakyat tidak sedar ,perancangan DAP adalah selari dengan apa yang diperjuangankan oleh PKR.Perjuangan mereka kearah sebuah negara Republik Malaysia yang mirip kepada Singapura.
Perancangan mereka bukan saja mahu menukarkan perlembagaan,malah hingga menukarkan lagu kebangsaan negara.Lirik lagu Negaraku juga mahu ditukarkan dan menurut sumber rapat MKP di Sarawak. Semasa pilihanraya negeri Sarawak didalam satu majlis tertutup,DAP menyanyikan lagu negaraku versi yang sudah diubah yang membuang perkataan "Tuhan Kurniakan,Raja Kita ,Selamat Bertahta".
Banyak lagi perancangan yang dibuat oleh DAP yang orang luar tidak tahu ini termasuklah rakan rakan mereka didalam pakatan haprak.Adalah tidak mengejutkan apabila hasutan agar membenci raja raja melayu dilakukan secara konsisten hingga rakyat sendiri melihat institusi raja raja melayu sebagai sudah tidak diperlukan dinegara ini.Ada kalangan haprak pakatan sendiri memperlekehkan kepentingan raja raja melayu.
MKP Ayat Sempoi ; Ingat jika anda menyokong DAP bermakna telah menyokong sebuah negara Republik Malaysia.
No comments:
Post a Comment