Seperti yang hampa semua sedia maklum, MyEG adalah satu jabatan kerajaan yang menggunakan internet sebagai medium untuk memantapkan perkhidmatan mereka. Ternyata ia satu usaha yang bagus oleh MyEG. Sekarang iPidato muncul di bawah kelolaan MyEG di mana ia akan menjadi satu medan perdebatan secara online mengenai topik-topik hangat. Tadi pun aku ada buka sekejap, agak menarik konsepnya. Dengan adanya platform sebegini, memang bagus kerana dapat lah mereka-mereka yang selalu ada pandangan masing-masing mengenai sesuatu isu terutamanya isu sensitif dan hangat. Lepas in baguslah, jika ada apa-apa isu yang nak didebatkan, boleh la mereka-mereka yang selalu mencanang-canang mengenai sesuatu isu berdebat di iPidato. Jangan hanya jadi jaguh kampung, kalau berani berdebat secara terbuka.
STATUS IPIDATO
Disamping itu, pada halaman utama, mereka turut memperlihatkan yang mana melalui platform iPidato, mereka akan membawakan suatu debat yang besar pada 16 April kelak. Namun maklumat berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Buat masa ini, kelihatan platform tersebut lebih digunakan untuk berdebat berkaitan dengan sukan, ekonomi dan juga politik. Apa lagi tunggu? Pergila buka ipidato.
MKP Ayat Sempoi : Benda nie baru,tak salah kita cuba benda yang baru?
No comments:
Post a Comment