Sunday, April 8

SAPA PUNYA JANJI BOLEH PAKAI?



Jika sebelum ini penduduk di Batu Pahat melahirkan rasa tidak sabar mereka menunggu kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kini mereka disemati dengan rasa keyakinan pula bahawa perdana menteri bukan saja mampu membawa perubahan, tetapi juga mengotai janji-janji yang dilafazkan oleh kerajaan pimpinannya.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan tiga tahun lalu, boleh dikatakan hampir semua janji-janji yang diikrar Najib telah dikotakan sekaligus menghimpit pembangkang yang terkedu mencari jawapan lebih-lebih lagi selepas kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan gagal mengotakan janji tinggi melangit yang dibuat mereka ketika pilihan raya umum (PRU) ke-12 , empat tahun lalu.

Tinjauan yang dilakukan oleh Suara13.com di sekitar bandar Batu Pahat selepas Perdana Menteri melancarkan buku risalah Janji Ditepati di sini mendapati rakyat semakin yakin dengan corak pemerintahan Najib melalui Dasar Transformasi dan pembaharuan yang diusahakannya.
Mohd Farek Md Tap, 42 berkata berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu menabur janji dan kemudian memberikan pelbagai alasan selain menuding jari ke arah pihak lain jika mereka gagal mengotakan janji yang dibuat, kerajaan Barisan Nasional (BN) komited dan benar-benar berusaha memastikan janji yang dibuat dilaksanakan.
"Setahu saya kerajaan BN daripada dulu memang komited dengan perjuangan mereka untuk masyarakat, yang kita lihat pihak pembangkang ni sangat jauh beza dengan kerajaan. Tak mampu mereka untuk bersaing. Mereka hanya pandai berjanji tapi laksanakan tu tak tahulah bila," katanya..
"Contoh macam negeri-negeri yang mereka tawan, kita dengar bermasalah juga rakyat-rakyat di sana. Tempat kita ni (kerajaan) mudahlah, dari segi ekonomi Batu Pahat di Johor ni baguslah. Itu pun atas usaha kerajaan BN." tambah beliau lagi.
noraizah
Pandangan itu dipersetujui seorang surirumah, Norizah Rehan, 42 yang bersyukur dengan pembangunan dan perubahan yang dibawa terutamanya di bandar kelahirannnya, Batu Pahat.
"Saya rasa memang kerajaan komited dengan menunaikan janji-janji, cuba lihat Batu Pahat sekarang, (banyak) berubah, beza berbanding dulu." katanya.
Seorang pesara guru pula, Salikin Nasir, 74 yang telah menyaksikan pelbagai coretan lakaran sejarah negara ini bermula masa zaman negara masih di bawah pemerintahan penjajah sehingga kelahiran Umno dan perdana Menteri pertamanya sebagai sebuah negara yang merdeka, Almarhum Tuanku Abdul Rahman, pembahruan yang dijuangkan oleh perdana menteri wajar disokong semua pihak termasuk pembangkang.
"Ini merupakan program yang menterjemahkan respon rakyat terhadap kewibawaan perdana menteri sendiri selama 3 tahun dapat diterjemahkan dengan begitu positif. Semua golongan dapat merasa baik orang muda dan gologan lama seperti saya," katanya lagi.
salikin

"Buat masa ini Batu Pahat belum ada lagi (kedai 1Malaysia, klinik 1Malaysia) tapi kita memang mengharaplah. Seperti apa yang difahamkan oleh perdana menteri, harga di kedai 1Malaysia jauh 40% lebih rendah, memang sangat dialu-alukan. Boleh meringankan beban rakyat." tambah beliau lagi.
Menurutnya lagi, pembangkang yang memerintah beberapa negeri di negara ini perlu mempelajari bagaimana BN di bawah pimpinan Najib bekerja di sebalik tabir demi kepentingan rakyat tanpa terlalu taksub menaburkan janji-janji yang mereka ketahui sendiri tidak mampu dilaksanakan.
abdul karim
Ahli paramedik, Abd Karim Mohd pula berkata, berbeza dengan pembangkang yang menggariskan janji-janji manis bagi mengabui mata pengundi dengan menghebah dulu di sana-sini perubahan yang dikatakan akan dibawa, kerajaan BN pula melaksanakan dulu janji yang diikrarkan , kemudiannya barulah menghebah kejayaan pelaksanaannya seperti program pelancaran Jelajah Janji Ditepati."Nampaknya program ini (Jelajah Janji Ditepati) membawa rahmat kepada penduduk Batu Pahat," katanya dengan bangga.
"Kepimpinan BN memberikan pencapaian ditahap kita menuju kepada program untuk mengintegrasikan penduduk Malaysia supaya mendapat kejayaan yang cemerlang daripada aspek kesihatan, ekonomi, perpaduan kaum nampaknya kerajaan Malaysia di bawah BN membawa kemajuan." tambah beliau lagi.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive