Friday, June 28

ADA YANG CEMBURU DENGAN MAMAK BALING DILANTIK MENJADI PENGERUSI TABUNG HAJI......


DOA DARI SEORANG TOK..Tok ini mendoakan supaya saya terus membantu rakyat Baling dan berjaya dalam PRU 13 nanti..Walaupun matanya buta dan sebelah kakinya kudung namun beliau masih bersemangat mendoakan saya..Terima kasih Tok..Semoga doa tok di makbulkan oleh Allah SWT..Amin..

Biarlah gambar ini bercerita mengenai Datuk Azeez Rahim pada rakyat Baling. Restu dan harapan oleh rakyat Baling padanya terserlah apabila diberikan kepercayaan menjadi Ahli Parlimen mewakili mereka. Walaupun pada hari sebelum penamaan calon banyak rintangan serta halangan. 


Azeez Rahim adalah di antara Ahli Majlis Tertinggi yang paling aktif dan dilihat telah membantu paling ramai orang. Mereka yang dibantu bukan sahaja di dalam negeri malah di luar negara. Boleh dikatakan ramai yang bersesak-sesak ke pejabat beliau untuk memohon bantuan beliau, baik dari segi memohon bantuan peribadi hinggalah memohon bantuan sebab anak lari, di bawa lari, diugut along sehinggalah soal-soal bantuan melibatkan kementerian dan agensi-agensi kerajaan. 

Hari ini Azeez Rahim sudah bergelar Ahli Parlimen Baling. Bukan sahaja beliau sudah membantu begitu ramai orang di dalam dan di luar negara, menjadi tonggak kepimpinan UMNO di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan, hari ini jasa Azeez bertambah lagi, iaitu dia secara langsung telah memastikan satu kerusi untuk memastikan kelangsungan BN untuk mentadbir negara ini.

Jadi jangan ada yang hendak memperlekehkan jasa orang politik seperti Azeez Rahim. Dia memimpin dari peringkat akar umbi, menabur jasa di pelbagai peringkat dan BN ada 133 kerusi, salah satu daripadanya adalah sumbangan Azeez Rahim. Dia seorang pemimpin dan pelaksana. 

Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik beliau untuk memegang jawatan ini. Saya menanti-nantikan sangat tindakan seperti ini kerana BN memerlukan seseorang yang boleh memberikan input politik dalam sesebuah organisasi agar ia dapat melaksanakan peranan dan program selari dengan dasar yang diputuskan oleh kerajaan BN.

Banyak lagi organisasi yang perlu dibersihkan. Salah satu punca kenapa organisasi tertentu gagal melaksanakan dasar-dasar kerajaan BN adalah kerana individu yang dilantik tidak memahami agenda dan dasar kerajaan BN, dan lebih teruk lagi, bila individu yang dilantik itu tidak percaya dan menentang dasar tersebut.

Sudah tiba masanya, pemimpin seperi Azeez dilantik bagi memperkukuhkan lagi BN dan memastikan dasar BN dilaksanakan secara efektif di pelbagai peringkat. Teruskan transformasi ini Datuk Seri Najib!

Kan bagus bila lantik orang yang berjasa dan bekerja macam ni...


Tapi ada lagi yang PEDAS mengenai Tun Faisal nie......


NAK TAHU KLIK


1 comment:

Anonymous said...

Dlm UMNO nk jumpa pemimpin ikhlas mcm Azeez Rahim ini susah. Dlm UMNO byk yg lupa diri bila naik atas. Melayu biasa mmg sikap tk ke mana. Hanay Melayu mixed shj yg sofar berjaya.

Azeez, Syed Mokhtar Al Bukhari, Naza Group dan beberapa figures2 'MELAYU' yg berjaya mereka adalah dr ktrunan yg dibenci oleh PAS- iaitu MAMAK!!

Tanpa mereka UMNO spt lubang najis.. busuk kemudian cuci kejap busuk balik.. sbb masing2 aka kependtingan.

Sama spt NAJIB..dia ada kepentingan lain sehingga dia buat PEKAK TULI wpun rakyat gelisah, selepas beri mandat besar pd UMNO NAJIB terus jd hamba CINA.. terus DAYUS dan PEKAK TULI dr bergerak sbg pemimpin berwibawa!

Entah modal apakah BN UMNO hendak bawa semasa PRK Besut nnt dgn keadaan NAJIB yg super LEMBIK ini. Beri lah jawatan PM itu pd JAMIL KHIR BAHAROM lagi bagus.. bijak bercakap, pandai agama, pelaksana yg hebat, berjiwa rakyat spt Azeez..

UMNO nazak dgn NAJIB skrg.. tolongan buka mata.. kami rakyat biasa tiada pilihan, better than worse.. UMNO nyawa2 ikan, tp PAS perosak agama, PKR pendokong ideologi syaitan..!!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive