Monday, June 17

MASIH ADA PEMIMPIN UMNO YANG PEDULI..........


Ini adalah gambar yang mungkin menjadi pemanas pada CytroDAP selepas ini. Seingat MKP sejak Tragedi Khamis lalu yang melibatkan Bangunan UMNO tumbang ini adalah gambar pertama yang dikeluarkan oleh pihak media. Walaupun tewas namun UMNO perlu ingat bahawa 10 kerusi DUN telah dimenangi dan kebajikan rakyat perlu dijaga.

MCA Pulau Pinang masih ada atau telah tutup kedai, Pendapat MKP mengatakan MCA bakal muncul kembali apabila PRU-14 nanti. Almaklum ketika itu banyak laba atau habuan muncul maka timbullah MCA untuk memetik buah untuk dimakan.

Keputusan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu adalah keputusan yang tepat berikutan prestasi buruk MCA dalam PRU-13. 

MCA hanya memenangi 7 daripada 37 kerusi parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.  Lebih dahsyat, kubunya di Johor juga telah ditembusi pembangkang. 

Mudah bagi MCA untuk menyalahkan pembangkang yang menghasut rakyat sehingga membawa kepada keputusan tersebut. Namun, mustahil bagi MCA untuk menafikan berlakunya ‘tikam belakang’ dan pengkhianatan oleh parti itu terhadap Barisan Nasional. 

Justeru, keputusan Soi Lek merupakan satu kewajaran kerana jelas seseorang wajib memikul tanggungjawab atas perbuatan ‘tikam belakang’, pengkhianatan dan hilangnya semangat setiakawan terhadap BN.   Bukan kita tidak tahu bahawa sepanjang penggal MCA langsung tidak bekerja, malah tidak bersemangat untuk memenangi pilihanraya sehinggakan dilihat bagaikan sengaja ingin membiarkan parti itu kalah teruk. 

Berikutan keputusan Soi Lek untuk tidak bertanding, 4 pemimpin MCA telah menawarkan diri untuk merebut jawatannya.  Mereka ialah Ong Tee Keat – Bekas Presiden MCA, Ong Ka Chuan – Ahli Parlimen Tanjung Malim,  Donald Lim – Pengerusi MCA Selangor dan Naib Presiden MCA dan juga Datuk Seri Liow Tiong Lai – Menteri Kesihatan, Timbalan Presiden MCA dan juga Ahli Parlimen Bentong.

Kesemua yang menawarkan diri dilihat mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan pengalaman mereka.  Bagi Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ong Ka Chuan yang menang dalam PRU-13 lepas, mereka dikira mendapat ‘bonus’ dari segi persepsi rakyat kerana dilihat sebagai telah bekerja cukup keras dalam keadaan keseluruhan jentera MCA seolah-olah ‘mogok’ sepanjang tempoh berkempen. 

Secara dasarnya, tindakan MCA membuka jawatan Presiden untuk dipertandingkan wajar dipuji di mana ia membuktikan kematangan parti tersebut terutama dalam keadaan yang genting ini.

Kita berharap agar Presiden MCA yang baru akan benar-benar mampu meletakkan garis jelas antara kesetiaan terhadap parti dan negara, dengan semangat perkauman Cina. 

Sudah sampai masanya MCA mempunyai Presiden yang tidak bersikap ‘defensive’ atau ‘apologetic’ dalam mengambil langkah yang bertepatan dengan aspirasi negara semata-mata untuk menjaga hati kaum Cina. 

Ketegasan amatlah penting, terutama dalam menangani sikap kaum Cina yang semakin lantang dan biadap mencabar perlembagaan serta menghina Institusi Raja-raja.   Selain itu, Presiden baru MCA juga wajib menangani masalah akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bermaharajalela mempamerkan hipokrasi paling jelek dalam memainkan isu perkauman.   

Lebih dari itu, Presiden MCA yang baru haruslah ikhlas dan tidak terikut-ikut dengan rentak ektremis Cina yang terdapat dalam berbagai nama dan rupa. 

Ini bukan masa untuk pentingkan diri sendiri atau kaum dan pihak tertentu.  Malaysia sedang mengalami masalah polarisasi kaum yang kronik dan perlu ditangani segera.  Malah, tidak salah dikatakan, bahawa ‘perpaduan’ merupakan satu-satunya masalah besar yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini.  Jika masalah ini selesai, maka kita bolehlah memacu negara ke hadapan dengan sederap langkah yang pasti dan pantas. 

Oleh itu, semua pemimpin yang mewakili kaum masing-masing wajib meletakkan isu perpaduan sebagai tonggak utama.  

Kesimpulannya, tidak ada guna mempunyai Presiden MCA jika rentak tarinya serupa sahaja dengan Presiden DAP.  Justeru, semua yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut wajib bersedia untuk berjuang atas landskap dan struktur sedia ada negara ini dan bukannya menentang atau ingin mengubahnya.  Jika tidak, parti MCA mungkin tidak perlu wujud sama sekali.

4 comments:

Anonymous said...

Di Johor, terang terangan anggota MCA sibuk berkempen untuk DAP, sesama Cina katanya.

Anonymous said...

Star tu terang terang menyokong dap..tuiiii cina tak boleh percaya...alah..masa susah...masa senang...tuiii

Umno menang tu kawasan Melayu...org Melayu undi..yg cina kat situ pasti undi dap...cukup sudah mainan cina terlalu biadap.....BOIKOT TERUSSS

Anonymous said...

Kita Nak Minta Kepada Umno

1. Orang berbudi kita berbahasa.
2. Kenang budi para pengundi yang telah menyelamatkan hayat Umno pada PRU13.
3. Perkasakan semua Majlis Agama Islam Negeri melalui :

(1) Tambah budget majlis
(2) Tambah pegawai penguatkuasa agama untuk memeriksa dan menangkap pasangan2 islam yang buat maksiat sama ada di tempat sembunyi atau terang
(3) Naikkan hukuman denda dan penjara bagi kesalahan khalwat atau sekedudukan. Amaun denda yang ada sekarang membuatkan orang tak heran - naikkan kepada Minima RM5,000.00 dan Maksima RM10,000.00 ATAU penjara Minima 6 bulan dan Maksima 2 tahun.
(4) Pinda Enakment Jenayah Syariah supaya ada peruntukan untuk menghukum bukan islam yang ditangkap khalwat atau sekedudukan dengan pasangan muslim (enakment yang ada sekarang nampak kartun sangat - bukan islam terlepas daripada sebarang hukuman begitu saja. Ini akan menggalakkan lelaki bukan islam ambil kesempatan ketas wanita islam)

4. Perkasakan semua cabang pendidikan islam melalui :

(1) Beri bantuan penuh kepada sekolah2 agama.
(2) Upgrade taraf guru2 sekolah agama setaraf dengan guru sekolah akedamik.
(3) Buat penambah baikan kepada infrastruktur disekolah2 agama setanding dengan sekolah cina dan sekolah tamil.

Kami orang2 melayu yang undi Umno pada PRU13 sebenarnya sikit pun tak termakan dengan janji Hudud oleh Pas. Kami berpendapat tanpa Hudud pun kita boleh cegah dan basmi maksiat, hanya perlu buat penambah baikan kepada Enakment Jenayah Syariah yang sedia ada. Kami tahu Pas jadikan Hudud sebagai umpan nak dapatkan sokongan orang melayu, itu saja.

Maka Umno " Tepok lah Dada dan Tanya lah Hati ". Nak jaga hati kami (pengundi Umno) atau nak jaga orang lain (yang tak undi Umno). As simple as that. Ini Kali lah .. UBAH.

Peluang Datang Tanpa Di Undang. Umno Kami Harap Jadi Hulubalang.
Di Dewan Rakyat Bila Bersidang.
Umno Bukan Tunggul, Umno Bukan Batang.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Sy sokong kata2 Tn. Hj. Ariffin.. Harap pihak berkenaan ambillah mana yang baik utk dibuat pembaikan...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive