RAPID

Monday, June 3

NURUL IZZAH BOLEH MELAWAT SABAH BILA-BILA DARI SEKARANG @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Larangan perjalanan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah ditarik balik, polis Sabah mengesahkannya hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Hamza Taib tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab di sebalik penarikan tersebut tetapi berkata tidak ada individu lain yang turut dihalang seperti yang diumumkan dalam senarai ‘persona non grata’ kerajaan negeri Sabah.

"Setakat ini polis berkata, tidak ada individu lain yang dilarang kecuali Nurul. Tetapi larangan itu pun telah ditarik balik, " kata Hamza kepada Astro Awani.

"Bagi pemimpin-pemimpin yang lain jika mereka mahu datang tidak ada masalah asalkan mereka mematuhi undang-undang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad tidak dapat mengesahkan bahawa senarai hitam baru yang dikatakan melarang 10 individu daripada parti pembangkang  dan pemimpin masyarakat sivil daripada memasuki Sabah.

Dalam satu SMS kepada Astro Awani, beliau berkata: "Saya nasihatkan anda untuk menyemak dengan pejabat Ketua Menteri Sabah."



Awal hari ini, sepucuk surat dikatakan bocor dari Pejabat Ketua Menteri Sabah yang dialamatkan kepada Jabatan Imigresen negeri yang  mengatakan bahawa selain Nurul Izzah, ada individu yang lain turut dihalang daripada memasuki negeri ini.

Menurut surat tersebut, nama-nama lain yang termasuk dalam senarai tersebut  adalah, termasuk:

- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Lim Kit Siang
- Mohd. Rafifi(sic) Ramli
- Datuk Ambiga Sreenevasan
- Mohd. Sabu
- Syed Ibrahim Syed Noor
- Wong Chin Huat
- Mary Chin Abdullah (sic)
- Ong Boon Kiang
- Hishamuddin Rais

Dokumen yang bertarikh 21 Mei itu, ditandatangani oleh En. Moktar Yassin Ajam yang merupakan (Setiausaha Negeri bagi Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan) telah dihantar kepada Pengarah Imigresen negeri Sabah. Kepala surat tersebut dikenalpasti daripada Ketua Menteri, Pejabat Datuk Musa Aman.

Ketika dihubungi, Moktar berkata beliau tidak dapat mengesahkan kandungan surat itu. "Saya minta maaf, saya seorang kakitangan kerajaan. Saya tidak boleh memberikan apa-apa kenyataan, hanya kerajaan negeri yang boleh. Saya minta maaf," kata beliau.

Surat itu mengatakan bahawa senarai itu diberikan kelulusan dengan cop Kabinet Sabah, berikutan dengan mesyuarat pertama pada 15 Mei.

"Kabinet telah bersetuju bahawa Ketua Menteri boleh menggunakan kuasa mutlaknya di bawah Akta Imigresen dan, selaras dengan pengesahan daripada Ketua Polis Cawangan Khas Diraja Malaysia Sabah, untuk melarang individu-individu ini daripada menjejak tanah di Sabah," kata surat itu.

Malaysiakini melaporkan bahawa ketua DAP Sabah Jimmy Wong yang mendakwa bahawa sumber yang boleh dipercayai daripada Jabatan Imigresen telah membocorkan sekeping salinan kepadanya.

Khamis lalu, Nurul Izzah telah dihalang daripada memasuki Sabah apabila beliau tiba di Kota Kinabalu. Beliau sepatutnya meraikan Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai Pesta Menuai.

Pada 31 Mei, Jabatan Imigresen Sabah berkata bahawa larangan Nurul adalah arahan daripada kerajaan negeri.

Kemudian, dilaporkan Musa menafikan bahawa larangan untuk Nurul telah bermotifkan politik. Beliau bagaimanapun berkata, mereka yang menjadi ancaman kepada keamanan dan keharmonian negeri Sabah tidak akan dialu-alukan dalam negeri ini.


MKP ayat Sempoi : Lepas nie Nurul pastinya mengunakan kenyataan ini untuk menghentam PDRM dan UMNO/BN. 

7 comments:

Anonymous said...

haiii...polisss polisssss..cepat betul ubah fikiran...memang takde telor betul le!!

Anonymous said...

PULAK DAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH sbb u PR makin naik angin,berangin,dan boleh makan angin.

Othaman Ahmad said...

Perkasa sungguh pihak pembangkang sekarang melebihi pemerintah yang berkuasa.

Apa nak jadi, sampai sekarang tak berani lagi. Apa nak jadi............?

Jika ini memang berita benar, keyakinan saya pada kredibiliti PM Najib semakin luntur. Saya amat kecewa!

Anonymous said...

What the ^*&#@?
Where are their ""eggs""??

Anonymous said...

Makin naik lemak la puak2 tu.klu kerajaan dan pihak berkuasa pun dah tunduk mcm tu,siapa lg yg rakyat blh harapkan.jgn sampai rakyat bosan dan hilang kepercayaan dgn institusi yg ada.bila rakyat tak sokong kata rakyat lupa apa ug kerajaan dah bagi.tp kerajaan lupa itu terjadi sbb salah kerajaan sendiri,khianati kepercayaan dan mandat yg rakyat bagi.

Klu kalah pru14 ni jgn meroyan plk.jgn sampai rakyat meluat dan ubah fikiran.

Anonymous said...

Kalau dah sah pengkhianat negara. Jangan bagi muka bah..Habis sudah...Hancur sudah....Pengkhianat diberi muka..habis sudah semua dibunoh sudah... apa sudah jadi bah...

Anonymous said...

Habis sudah Sabah ...huru hara sudah..jangan di kasi muka...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive