Di Parlimen Batu melibatkan YB Tian Chua dikatakan hilang kelayakan untuk bertanding. Manakala di Parlimen Lembah Pantai lebih kepada taktik berkempen melampau YB Nurul Izzah menentang Datuk Raja Nong Chik.
Tian Chua sebelum ini dikatakan hilang kelayakan sebagai calon apabila terlibat dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan suatu perhimpunan awam dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.
Manakala Nurul Izzah pula didakwa menggunakan taktik kotor serangan peribadi terhadap pesaingnya di Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkaitan isu pembelian tanah dan harta, selain menuduh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai rasis.
Petisyen yang difailkan BN berasaskan kepada fakta dan bukti kukuh dan tidak menjadikan jumlah petisyen difailkan Pakatan Rakyat yang sebagai satu isu besar.
Maknanya petisyen ini bukan nak tunjuk kita tak puas hati sebab kalah, tetapi mahu undang-undang tidak dipandang remeh, sebaliknya kelayakan menjadi calon parlimen atau DUN adalah paling utama sebelum seseorang dilantik.
No comments:
Post a Comment