Monday, June 24

MESTI ORANG UMNO MENGAMUK BILA TENGOK GAMBAQ NIE...............?


DS Najib Tun Razak siap boleh tersenyum lagi lagi bila aksi yang mencuit hati oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Yang pasti DS Najib adalah Perdana Menteri yang sah akan tetapi disebelahnya adalah Ketua Pembangkang siap boleh senyum sekali.

MKP Agak terguris dan gelak-guling kerana ramai yang tertipu dengan muslihat Lubang Kunyit Anwar berjaya menipu macai-macainya. Nampaknya Anwar berjayaa menipu rakyat kononnya mereka membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak telus dan adil, tetapi pada masa yang sama mereka hadir mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen, hari ini.

Kalau bekas hakim pun mereka boleh yakinkan boleh jadi speaker, apa pula dengan rakyat. Jadi mereka memang betul-betul double standard, yang menipu rakyat ini sebenarnya adalah Pakatan Rakyat bukan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

Rakyat berhimpun di luar sanggup berjalan buat demonstrasi, tapi mereka di sini angkat sumpah juga. Di sini nampak cara mereka mengelirukan rakyat dan cara 'double standard' mereka.

Anda lihat video di bawah dan saksikan NGO-NGO yang sebelum ini mengagung-agungkan pemimpin pembangkang, tampak seperti pengemis yang merayu tetapi tidak diendahkan oleh kepimpinan pembangkang :


Sungguh menyayatkan hati apabila melihat pendemo-pendemo NGO hanya mampu menjerit merayu melihat orang yang mereka percaya dan harapkan selama ini tidak peduli dengan suara mereka!

Di luar bangunan Parlimen, hampir 200 penyokong pembangkang yang terpengaruh dengan hasutan pemimpin mereka hari ini membuat demonstrasi membantah supaya pilihan raya diadakan semula.

Rata-rata mereka terdiri daripada ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Mereka berhimpun di jalan masuk menuju ke Parlimen sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas sesak di Jalan Parlimen.

Sambil bersorak "SPR Syaitan", "SPR Penipu" dan "Reformasi" mereka turut membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan.

Pada masa yang sama, mereka juga merayu wakil rakyat pembangkang supaya tidak mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Namun semua itu tidak diendahkan.

MKP Ayat Sempoi : Orang terlalu PANDAI MEMANG SELALU KENA TIPU............



Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive