exponegaraku

Wednesday, July 3

APABILA MELAYU ASYIK BERPOLITIK!!!! MAKIN HINA DIMATA BANGSA LAIN......?


Nampaknya kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara terus menerus menghadapi tekanan.  Semuanya berpunca dari kedudukan Melayu yang semakin lemah apabila PAS, sebuah parti Melayu alternatif kepada UMNO, telah memilih untuk bersatu dengan DAP yang memusuhi Islam/Melayu.

Kesepakatan yang termeterai antara PAS dan DAP telah memaksa PAS menjadi pasif hatta mengalah dalam isu-isu yang melibatkan kedaulatan agama Islam.

Hari ini, DAP kembali mendesak kabinet agar menarik balik Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) mengenai pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur agar selari dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 160 Jadual kesebelas mengenai pengukuhan integriti keluarga, kebebasan beragama dan keharmonian masyarakat.

Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang setebal 64 halaman dan mempunyai 116 Seksyen itu memperuntukkan bahawa persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.  Penarikan balik undang-undang ini akan menghalang salah seorang ibu atau bapa yang beragama Islam untuk memastikan anaknya tetap menganut agama Islam dalam kes penceraian yang melibatkan pasangan yang murtad.

Desakan DAP itu turut didokong oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Majlis Peguam atas alasan pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur secara sepihak oleh hanya salah seorang ibu atau bapa tidak adil bagi kanak-kanak terbabit, atau ibu, atau bapanya, selain ia bertentangan dengan perlembagaan serta salah dari segi moral dan etika.

Dengan persepsi bahawa kaum Cina dari berbagai parti kini bersatu menentang kerajaan, maka ramai yang ternanti-nanti akan kenyataan dari MCA dalam isu ini.  Media pembangkang juga pantas memberi tekanan kepada MCA agar membuat kenyataan senada dengan DAP.

Setakat ini, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu telah pun membuat kenyataan di mana beliau  menyifatkan desakan tersebut sebagai “mengejutkan” dan “licik” serta berlawanan dengan perdamaian nasional yang sedang hangat diperkatakan.  Harapan kita agar kenyataan beliau ini adalah ikhlas atas dasar menghayati kontrak sosial yang terjalin, selain benar-benar menggambarkan suara hati seluruh partinya.

PAS, bagaimanapun belum membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini.  Besar kemungkinan, PAS masih lagi membawa pendekatan ‘enggan menyinggung DAP’ dan lebih rela  berdiam diri atau menggadaikan kedudukan agama Islam di negara ini daripada ditendang keluar dari Pakatan Rakyat.

Bagi pihak kerajaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa perkara ini akan dibincangkan secara mendalam dari sudut perlembagaan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa dan di masa yang sama memastikan keadilan untuk semua.

Kesimpulannya, kedudukan agama Islam di negara ini kini bergantung kepada penyatuan Melayu.  Di sinilah kita memerlukan pembangkang seperti PAS untuk bangun memberi desakan yang sama hebatnya terhadap kerajaan agar terus mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini.

Pendek kata, PAS perlu membantu UMNO dengan bergerak secara seiring dan bersepadu.   Untuk itu, PAS wajib meletakkan pendirian tegas sama ada untuk bersama DAP atau UMNO dalam isu ini.

Jika MCA boleh berpegang teguh kepada perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kenapa PAS pula yang berdolak dalih?   Apakah PAS sudah ‘tidak begitu Islam’ lagi?

5 comments:

Carlos Santiago said...

UMNO wajib bekerjasama dengan PAS. dengan cara umno join PAS. JELAS PAS DIKETUAI OLEH ULAMA. UMNO DIKETUAI oleh wanita tak reti bertudung.

GOTTA POINT?

Anonymous said...

PAS bukan berdiam diri.... depa tengah dok selak kitab ...dok cari nas-nas nak tolong DAP ...tunggu la ...sabaq sikit....nanti depa cakap la ...selamat berjaya PAS di dunia ..

Anonymous said...

Bro ingat semua orang PAS tu berserban dan bertudung ke bro???? Cut da crapla bro. Ramai dah aku jumpa muslimat PAS tak bertudung. Ada yang bertudung pun tak cukup syarat. Bonjol sana bonjol sini. BTW Mustafa Ali dengan Mat Sabu tu ulamak ke ular dalam semak???

Anonymous said...

Kah3. Yg dok bantah MCA dn MIC,nk di salah kn org2 Cina.Dey macha,skrg ni bukan zaman 50an la!

Anonymous said...

xpakai tudung ko bising...yg pemimpin pas berzina ko snyp plak...buta hati tol...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive