gaza

Tuesday, July 23

KALAU DAH PANDAI JAGA ANAK BUAH MESTI DISAYANGI..... @Zahid_Hamidi


Menteri Keselamatan dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Zahid Hamidi melawat Inspector Farid Husni Mamat di HUSM yang terlibat kemalangan semasa menjalankan tugas.

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.

Farid, 33, cedera parah dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Peroi di sini kira-kira jam 4.20 pada Julai 17 yang lepas.

Motor yang ditunggang mangsa, seorang pegawai trafik yang bertugas dalam PRK di sini dan berasal dari Melaka telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah hadapan dan ketika kejadian sedang membuat rondaan biasa bersama seorang rakan.

Menurut saksi kejadian  pemandu kereta tersebut telah memotong satu kenderaan lain di garisan berkembar sambil  menggunakan talipon. 

Pemandu kereta tersebut dikatakan terkejut apabila bertembung dengan pihak polis dan terus memecut keretanya lalu melanggar mangsa. 

Mangsa tidak sempat mengelak  dan tercampak hampir 10 meter. Motor dan mangsa telah terkena  tembok sekolah.

Mangsa telah mengalami cedera parah apabila kaki kanan mangsa telah terputus telah dikejarkan ke hospital Jertih. 

Pemandu kereta yang melanggar mangsa telah menghilangkan diri namun suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kemudiannya berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan.

No comments:

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive