Monday, July 1

GUAN ENG SURUH PAS BOIKOT PRK!!! TAHNIAH STOPA SPENDA JADI MACAI CAUVANIS....


PAS kalau anak jantan jangan bertanding pada PRK Kuala Besut. Hampa dah jadi macai pada Cauvanis DAP. Kesian pada pengikut Tegar dibodohkan oleh pemimpin hampa sendiri. Barisan Nasional dibawah pimpinan DS Najib Razak sebelum ini pernah memboikot PRK DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pilihanraya kecil DUN Penanti diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN, Lepas tue siap masuk UMNO lagi. Apa punya Haprak UMNO nie. MKP nak tengok jugak kalau PAS berani boikot....

Adakah Pas akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?

Persoalan ini timbul apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyatakan cadangan Guan Eng itu akan diteliti.

Menurut Mustafa, parti itu akan merujuk kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang sebelum mengambil keputusan sama ada bertanding atau memboikot pilihan raya kecil tersebut.

“Pimpinan Pakatan kena berbincang dahulu betul-betul kalau hendak memboikot (PRK DUN Kuala Besut), apa-apa keputusan perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam satu majlis di Kulaijaya, Johor hari ini mencadangkan Pas untuk memboikot PRK DUN Kuala Besut ekoran isu dakwat kekal dalam PRU-13 yang dakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi DUN Kuala Besut menyaksikan kekosongan selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair pada 26 Jun lalu.

Menurut Mustafa, biarpun cadangan untuk memboikot dikemukakan, Pas akan tetap membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

“Bagi Pas, kita akan tetap membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil ini, itu tanggungjawab kita dengan dibantu rakan-rakan parti pakatan," katanya. UTUSAN...

1 comment:

Anonymous said...

ingat sejarah tak kan dilupa..sejarah pru 13.. yg mana dia org buat isu buat heboh buat kecoh.. makna ada isu lain yg dirancang atau ada isu lain yg nak dialihkan..

berhati hati dgn nama pendaftaran yg layak mengundi.. adakah pendaftaran yg sama sebelum pru digunakan atau telah berubah. Buat kecoh pasal bangla..rupanya melambak cina mengundi..tambahan cina yg aneh...tdk mau biometrik mau dakwat..buat heboh lagi dakwat tak kekal..tapi takde yg ambil soal ic yg digunakan.. adakah sah tapi palsu..

kedua mungkin juga utk mengalihkan isu pasal harta dap yg hendak dialih namakan..dipindah
milik.

atau ada isu isu lain...berwaspada permainan pembangkang..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive