RAPID

Thursday, July 4

GAMBAR PENYAMUN PECAH RUMAH MENTERI KHAIRY JAMALUDDIN DIKENALPASTI..... @KhairyKJ @PDRMsia


Ini adalah lakaran gambar penyamun yang memasuki rumah menteri KBS, Khairy Jamalludin oleh PDRM semalam. 


Berikutan kejadian pecah rumah yang berlaku membabitkan kediaman Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini, Polis Kuala Lumpur sedang giat mengesan beberapa lelaki bagi membantu siasatan. Hasil penelitian dan pengecaman yang dilakukan Polis Kuala Lumpur mengedarkan dua lakaran gambar suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek-suspek tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur ditalian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakancop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakancop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ketua Pemuda nie kaya orangnya kalau setakat 24ribu apa ada. Elaun Pengarah Syarikat 1 Syarikat saja dah cukup nak cover. 

MKP Ayat Sempoi : Mungkin in balasan Allah ingin menduga Hambanya.....


1 comment:

Anonymous said...

tak tau takde rasa kesian.. mengapa ya.. bukankah dia teman baik si punahsihat..katanya.

katanya juga sipunahsihat ni yg nasihat ISA dihaluskan.. kerana ISA dah terhapus.. huru hara negara.. polis dicerca.. keluarga polis berduka. Walaupun keluarga saya bukan anggota polis tapi yg dicerca bangsa Melayu Melayu Melayu.

Ala baru brg sikit.. belum nyawa melayang.. bayangkan polis kita yg kehilangan nyawa..

bila la Allah nak tunjuk kekuasaannya ke org yg lantang bersuara ISA wajib dihapuskan bila ada nyawa anggota keluarga dia org melayang.

Mungkin ada.. hanya tunggu waktu. Roda sentiasa berputar.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive