RAPID

Tuesday, July 23

@BarisanNasional RASUAH PENGUNDI.....BERAPA DAPAT? #PRKKualaBesut.... @ahmadmaslan


Tempoh berkempen hanya tinggal kurang dari 2 jam dari sekarang namun begitu taktik serta lebeling pada UMNO/BN merasuah  pada pengundi pada esok hari diteruskan oleh PAS kerana terdesak. Siapa yang merasuah sebenarnya. Dedahan pemberian minyak percuma memang meyakitkan hati penyokong serta calon PAS sendiri. Untuk meredakan isu ini PAS terpaksa pulak mengalih isu mengatakan UMNO/BN pulak merasuah...


BN membuat laporan polis hari ini berhubung pengedaran risalah kononnya BN akan mengagihkan sumbangan 'duit' Hari Raya sempena hari pengundian esok.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Jentera Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut bagi BN Salleh Abdul Latif yang kononnya menandatangani risalah itu.

Risalah itu menyatakan kononnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin telah meluluskan sumbangan duit Hari Raya itu kepada pengundi warga emas, ketua keluarga, pemuda dan wanita DUN Kuala Besut.

Timbalan Pengarah PRK DUN Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh kesal dengan tindakan itu yang beliau percaya dilakukan pembangkang.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua dan anggota Parlimen Besut percaya tindakan itu dibuat bagi memperlihatkan BN mahu membeli undi rakyat pada hari terakhir berkempen.

Taktik kotor itu disedari Ketua Penerangan Umno yang juga Pengerusi Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan ketika menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Pekan Kuala Besut pagi tadi.


1 comment:

Anonymous said...

Pas wal halalku....wal haram mu !!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive