RAPID

Saturday, July 20

MANA ADA PEMIMPIN YANG SEMPOI MACAM @ahmadmaslan


Datuk Ahmad Maslan berkempen meraih undi pada pengundi di Kuala Besut pada bulan Ramadhan bersantai membaca akhbar utusan sambil doktor Zaki dari Kulim Kedah merawat pengundi yang mengidap penyakit strok. Ini adalah pendekatan terbaik mendekati rakyat Kuala Besut. UMNO berkempen bukan secara Ekslufif tapi inklusif. Dengan cara sebegini menepati Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan.


Ini pulak didalam rumah pakcik ahmad yang berusia 84 tahun menghidapi penyakit strok dan tidak mampu berjalan. Beliau terlantar sudah 16 tahun dan dijaga oleh anak perempuanya...


Kedua-dua calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berpuas hati dengan proses pengundian awal pada Sabtu di Dewan Serbaguna Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.

Calon PAS, Endot@Azlan Yusof yang tiba pada pukul 8.26 pagi ketika ditemui pemberita memuji kelancaran proses pengundian awal itu yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Proses berjalan lancar dan daripada apa yang kita perhatikan kita puas hati," katanya.

Pengundian awal itu melibatkan 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14anggota polis.

SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 95 peratus.

Calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman juga berpuashati dengan kelancaran proses undi awal itu.

Tengku Zaihan berkata beliau akan menggunakan tempoh yang masih ada sebaikmungkin untuk mendekati lebih ramai pengundi termasuk golongan muda sebelum 24Julai iaitu hari pengundian bagi 16,534 pemilih biasa.

Tengku Zaihan juga melahirkan keyakinan BN mampu meningkatkan jumlah undi didua kawasan yang dianggap kubu kuat PAS iaitu di Bukit Puteri dan Kampung Nangkamenerusi pendekatan rumah ke rumah.

PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. RahmanMokhtar, 55, pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - BERNAMA


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive