exponegaraku

Wednesday, July 31

PROGRAM #TEKS1M OLEH @SPADchannel UNTUNGKAN KRONI..... HARGA EXZORA CUMA 70RIBU TAPI SPAD KUTIP 200k


Program yang telah dibuat oleh pihak SPAD adalah untuk menguntungkan KRONI akan tetapi banyak jugak pihak yang menyokong tanpa usul periksa kerana poket dipenuhi wang hingga mulut terkunci. Kalau nak menipu pun agak-agaklah at list ambil jugak pandangan dari akar umbi pemandu teksi itu sendiri.

MKP sempat bersembang dengan pemandu teksi ketika menuju ke tempat makan waktu bersahur hujung minggu lepas. Pada mulanya agak terkejut jugak riaksi kurang senang pemandu teksi berkenaan. Agak mahal la abang sewa harian yang telah ditetapkan oleh pihak SPAD sehari rm80. Sedangkan ketika ini sewa harian hanyalah sebanyak rm40 sehari oleh pihak konsotium. Perjanjian itu pulak selama tujuh tahun...

MKP pun membuat perhitungan jika sehari pemandu perlu membayar sewa sebanyak rm80 jumlah sebulan adalah rm2,400. Jika dikira selama 7tahun adalah 84 bulan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh pemandu adalah rm 201,600 . itu adalah harga kereta mewah der........ Sapa yang mengaut keuntungan.. Sedangkan harga sebuah EXORA hanya 69,168.00 harga diatas jalan.. mana selebihnya rm130 ribu...

TEKS1M adalah inisiatif yang dilaksanakan melalui kerjasama antara SPAD dan Proton di bawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Baguih punya PROTON dan SPAD buat Harta....Sebanyak 1,000 Teksi 1Malaysia (Teks1M) akan dikecualikan daripada membayar fi pemeriksaan awal di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bernilai RM70. Kalau dah kaut untung sebanyak itu setakat rm70 tue apa ada...

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini, pengecualian itu susulan permohonan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi individu di bawah program Teks1M dalam usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam selain meningkatkan pendapatan pemandu teksi di negara ini.

Ini bukan nak menyenangkan rakyat akan tetapi menyusahkan rakyat.... So MKP minta penjelasan dari pihak SPAD mengenai butiran yang dinyatakan... Benda betul kena tegur...Takkan nak hilangkan undi pemandu teksi pada PRU-14 nanti.....Fikirkan.

7 comments:

Anonymous said...

Apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pemandu teksi yang adalah perkara yang sama. Tetapi perkara ini perlu juga dapatkan pengesahan daripada SPAD kerana ada sesetengah pemandu teksi sy jumpa beri komen lain mengatakan sebaliknya. Kenapa sewanya terlalu tinggi?. Kenapa konsep sewa ni wujud lagi walaupun telah diberi permit persendirian?..Adakah sistem beli teksi ni tak sama macam guna pembiayaan kewangan beli kereta biasa?. Ini yang memusykil saya dari dulu. Kebanyakan pemandu teksi yang membangkit isu ini adalah dari kalangan pihak yang menyokong pembangkang.Berdasarkan pengalaman saya naik teksi di sekitar kl naik saja teksi pemandu tersebu terus bercerita politik dan byk menyebut kerajaan zalim dan tak suka kerajaan, selepas itu baru keluar kata projek TRIMA ni menyebabkan mereka kena beli dengan harga yang mahal dari nilai sebenar. Adakah perkara benar-benar menyusahkan pemandu-pemandu teksi.atau fitnah .yang dilemparkan kepada SPAD. SPAD kena beri penjelasan sebelum isu ini berlarut.

Anonymous said...

Kalau sampai begitu mahal sewa harian teksi 1Malaysia, buat apa la terima tawaran ni. Pakat boikot la biar SPAD dan PROTON melopong sebab takde orang nak bli teksi Exora.

Aku memang benci dengan sikap segelintir peniaga melayu tak kira dari peniaga keci-kecilan sampai la bapak taikun billionair yang tak abis-abis ambil untung berlebihan tanpa mengira kesusahan orang lain.

Anonymous said...

Kalau mampu bayar cash 69,168.00 tak payahlah join TEK1SM.Bayar ansuran dan cash tak samalah tuan admin macam kita beli rumah cuba kira tengok harga cash dengan harga ansuran ikat 30 tahun contoh.Niat utama program ini adalah kemudahan yang diadakan bagi pemandu teksi tak adapun bayaran permulaan.

Matkilau penang said...

hello mangkuk hayun, MKP pertikaikan adalah harga yang perlu dibayar melebihi 200k... beli kereta pun cuma 8% setaun oleh pihak bank... nie balun sampai 130k apa cerita..nak jawab biarlah ada hujah dan fakta yang bernas...

Anonymous said...

Tak suker pindah ler kat negara yang boleh bagi teksi murah aper susah... Walaupun mahal sikit kita kena bersyukur sebab negara aman pemandu teksi masih boleh mencari rezeki

Matkilau penang said...

Haaaa3 memang sah korang nie blogger membela SPAD...berhujah pakai akai la skit bagi fakta yang boleh menyelesaikan masaalah bukan mengarut mcm nie....aku gelak guling2 komen mcm nie....macam gampang...

Anonymous said...

Tak cukup duit lg ke Hamid Albar ni?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive