RAPID

Thursday, July 4

SIDANG DUN PULAU PINANG DAP MEMANG RASIS.............?


Baru dua hari persidangan DUN Pulau Pinang berlangsung, Speaker DUN Law Choo Kiang (gambar) berulang kali mengeluarkan amaran mengingatkan wakil rakyat supaya tidak membuat provokasi yang boleh membangkitkan kemarahan sehingga mengganggu kelancaran persidangan dewan.

Kali ini, RSN Rayer (DAP-Seri Delima) pula yang diberi amaran keras oleh Law kerana kelantangannya membuat provokasi sehingga menimbulkan kemarahan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berhubung isu perkauman.

Law yang berulang kali mengarahkan Rayer supaya duduk dan berhenti bercakap akhirnya terpaksa meninggikan suara dan memberi amaran akan mengenakan tindakan terhadap ADUN Seri Delima itu sekiranya masih enggan mengikut arahan.

"Seri Delima duduk...saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan begitu juga dengan Pinang Tunggal.

"Apabila penjelasan telah diberikan di dalam dewan ini dan saya boleh menerimanya, saya rasa tidak perlulah dibangkitkan lagi, sesi perbahasan ini perlu dilaksanakan dengan lancar dan saya minta kerjasama semua Yang Berhormat," katanya pada sesi perbahasan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Terdahulu, Rayer yang bangun mencelah ketika Omar Abdul Hamid (BN-Permatang Berangan) membahaskan isu perumahan secara tiba-tiba mengaitkan isu perkauman yang dikemukakan Roslan semalam.

Rayer yang beremosi dan bercakap dengan nada yang tinggi mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahu mengajar dan mencabar speaker mengenai aturan mesyuarat.

"Kita perlu buat ketetapan...adakah tuan Speaker akan membenarkan Pinang Tunggal meninggalkan dewan ini kerana ramai doktor di luar sana termasuk yang berbangsa Melayu, India dan Cina tidak puas hati dengan kenyataannya semalam," katanya.

Semalam, Roslan membangkitkan isu bahawa terdapat doktor berbangsa Cina di sebuah hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan yang baik kepada seorang pesakit berbangsa Melayu.

Sementara itu, Roslan yang berang dengan tuduhan Rayer bangkit dan menjelaskan bahawa beliau sudah memberi penjelasan berhubung isu itu semalam serta sudah memfailkan aduan mengenai perkara itu kepada pihak yang bertanggungjawab. AGENDADAILY

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive