RAPID

Thursday, September 12

APALAH @ustazfathulbari NIE PASAL 2KUPANG HEBOH NGAN @abby_abadi112


Bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan sebagai umat Islam, menggunakan alasan "ini semua takdir" tidak seharusnya diguna pakai tanpa sebarang usaha.

Menurut Mohd Asri, Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita tentang takdir dan berusaha pada masa yang sama.

"Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak seperti iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu.

"Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izin Allah. Namun, apa yang Allah izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan," kata Mohd Asri.

Mohd Asri berkata manusia disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam.



Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya semalam mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi" tidak diguna pakai di dalam ekonomi Islam.

Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis itu memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat.

"Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini.


VIdeo ini telah menimbulkan kemarahan penyokong tegar Anwar IBrahim...

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive