RAPID

Wednesday, September 4

RON97 naik 15sen MALAM NIE....... #20sen #Sagon


Belum reda lagi isu kenaikan harga minyak RON95. Terbaru MKP dapat berita bahawa RON97 pulak bakal dinaikkan harga.

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng.

Sejak Minyak RON95 dinaikan MKP dihujani dengan pelbagai tohmahan berkenaan kenaikan minyak 20sen. Bukanlah ini bermakna MKP juga turut gembira dengan perutusan tersebut..

Terlalu banyak cerita dari akar umbi yang terbeban kepayahan/kesulitan dan keperitan rakyat akibat kenaikan yg berlaku.. mungkin hati yg marah itu boleh diredakan dengan penjelasan berikut

1. Dlm isu ini tdpt 3 pihak utama: (a) pengeluar (b) pengguna - termasuk MKP, dan (c) kerajaan.

2. (a) & (b) menjaga kepentingan masing2 yg berkonflik (maka tak hairan klu mereka tidak memahami satu sama lain) manakala (c) perlu mengharmonikan kedua-duanya, di samping menjaga juga kepentingannya (agar kekal berkuasa).

3. Pengguna melenting sebab harga RON95 naik 20 sen (10.5%). Kehendak pengguna: turunkn lagi harga.

4. Pengeluar menuntut kenaikan sekitar 30 sen sebab sejak setahun lalu kos telah meningkat 15%.

5. Kerajaan cuba mengharmonikan kedua2 pihak ini dengan membenarkan kenaikan 20 sen itu (Kerajaan tak janji harga petrol tak dinaikkan sampai bila2). Pengguna bayar sikit manakala pengeluar dipaksa menerima keuntungan yang lebih rendah.

6. Kerajaan tidak bersedia membayar tambahan 20 sen dengan menambah kos subsidi sebab ia akan lebih menguntungkan orang kaya. Kos perbelanjaan pengangkutan (penggunaan) mereka lebih tinggi (15.9%) banding yang berpendapatan rendah (12.3%).

7. Tindakan kerajaan itu mampu menjimatkan RM1.1B pada tahun ini & RM3.3B setiap tahun akan datang.

8. Pada umumnya, purata kos petrol isirumah hanyalah 9% drp jumlah perbelanjaan isirumah. Ini bermakna kenaikan kos hanyalah 1% setahun. Bagi mereka yg berpendapatan rendah, ianya adalah lebih rendah lagi.

9. Kenaikan ini akan menyebabkan kos pengangkutan melompat 10% dan inflasi pasti akan berlaku seperti pada 2008 tapi pada kadar yg lebih rendah.

10. Sebaik-baiknya Kerajaan turut mengumumkan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat (ini janji BN!) akibat kenaikan ini semasa mengumumkan kenaikan harga tersebut, termasuklah apa yg hendak dibuat utk rakyat berhubung dengan wang yang dikatakan dapat dijimatkan berbilion2 itu!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive