exponegaraku

Thursday, September 12

@Zahid_Hamidi TOLAK PEMIMPIN UMNO "WARLORD" DAN "DEMANG POLITIK".....?


Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa perwakilan parti menolak pemimpin “warlords” atau “demang politik” yang membolot wang dan kuasa serta bertelagah sesama sendiri pada pemilihan Umno bulan depan.

Beliau berkata ada di antara mereka yang membolot peruntukan yang disediakan untuk PRU13 setelah tidak dipilih untuk menjadi calon dengan tujuan menggunakan wang itu untuk bertanding pada pemilihan Umno.

“Macam mana mereka boleh bertindak sedemikian? Kami sudah hilang sabar dengan golongan demang politik sebegini ini,” Zahid katanya.

Ini kali pertama seorang pemimpin kanan Umno tampil membicarakan ancaman demang-demang politik yang lazim dikaitkan dengan mereka yang menggunakan wang dan kuasa sama ada untuk mencari jawatan lebih tinggi atau pun menyokong calon tertentu.

Ancaman golongan berkenaan dan politik wang yang diamalkan mereka dikatakan menjadi barah dalam Umno sekian lama.

Mulai tahun ini, Umno melaksanakan sistem pemilihan baru yang memberikan kuasa secara langsung kepada hampir 150,000 perwakilan akar umbi untuk memilih anggota Majlis Tertinggi.

Barisan kepimpinan Umno sebelum ini ditentukan oleh kira-kira 2,500 perwakilan sahaja yang dilihat menjadi sasaran mudah untuk sesiapa menggunakan wang bagi memenangi jawatan.

Zahid berkata masih ramai ahli Umno yang ambil mudah mengenai perjuangan parti kerana Umno masih tunjang Barisan Nasional yang diberi mandat untuk terus memerintah negara.

“Malah calon-calon yang kalah pada PRU juga bersikap sedemikian kerana Putrajaya masih di bawah kuasa BN,” kata beliau.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata masalah demang-demang politik di dalam Umno sudah lama menjadi duri dalam daging malah ada di kalangan mereka yang terus mahu memegang jawatan dalam parti.

Fenomena itu bukan saja dialami Umno kerana “kawan-kawan saya di dalam PAS dan PKR memberitahu gejala itu turut berlaku dalam parti mereka,” kata Zahid.

Zahid berkata golongan ini hanya akan “bersara” daripada politik jika perwakilan Umno memastikan mereka kalah pada pemilihan parti.

Beliau yang akan mempertahankan jawatannya itu berkata golongan demang politik berkenaan adalah penghalang kepada usaha Umno untuk memperkukuhkan diri.

Umno memenangi 89 daripada 133 kerusi parlimen yang diraih oleh Barisan Nasional pada PRU 13, menjadikan ia parti paling besar di dalam parlimen.

Umno juga menawan semula Kedah daripada PAS namun prestasi merudum MCA, Gerakan dan MIC menafikan BN peluang untuk memulihkan majoriti dua pertiga di Parlimen. ANTARAPOS....

1 comment:

Anonymous said...

ds isham tu tlgggggg laa..sedarrrrrr laaa diri sikit..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive