Ramai lagi yang layak dan berjasa pada UMNO Pulau Piang, Mereka tak pernah bersubahat serta berpaling tadah pada UMNO Pulau Pinang. Kerana nak tutup mulut keceluparan Zahrain dianugerahkan sebagai Duta Indonesia.
MKP tahu apa yang berlaku di Parlimen Bayan Baru, Jika begini jadinya terpaksalah MKP dedahkan satu persatu keburukkan serta perjanjian Sulit Zahrain. Jangan ada pulak yang melompat!!!
Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim (gambar) bakal dinamakan sebagai duta Malaysia ke Indonesia yang baru, dan pelantikan itu dilihat sebagai habuan kepadanya kerana menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan tugas hebat sebagai pemegang jawatan diplomatik ke Indonesia itu kepadanya, terutama ketika ramai diplomat yang menyatakan hubungan dengan Jakarta perlu diuruskan dengan halus dan berhati-hati.
Zahrain menjadi Ahli Parlimen Bayan Baru dalam pilihan raya 2008 tetapi keluar dari PKR pada Februari 2010 selepas DAP, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) mengkritiknya kerana mengeluarkan kenyataan menentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sebulan sebelum itu, pada Januari 2010, Zahrain menyerang Lim dengan berkata ketua menteri itu seorang `diktator, chauvinis dan berfikiran komunis’, dan menyatakan beliau lihat kegagalan Lim menyempurnakan janji pilihan rayanya.
Zahrain yang pernah menjadi rakan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kemudiannya menubuhkan Konsensus Bebas bersama beberapa ahli PKR yang berpaling tadah dan kemudiannya menyokong BN.
Selepas meninggalkan PKR, Zahrain mendapat liputan meluas dalam stesen televisyen yang dikawal Umno iaitu TV3 apabila beliau lantang mengkritik PKR dan Anwar atas pelbagai isu.
Bagaimanapun, Zahrain tidak bertanding dalam PRU13 pada 5 Mei lalu ketika BN hanya menang 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya 2008.
Tugas ke Jakarta itu adalah langkah politik iaitu untuk menarik sokongan kalangan ahli politik Indonesia terhadap BN kerana mereka dilihat rapat dengan Anwar.
Anwar sering ke Jakarta, di mana beberapa pegawai khasnya melarikan diri ke sana selepas Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.
Jakarta juga baru-baru ini mendapat perhatian apabila dikatakan menjadi lokasi pertemuan damai antara Najib dan Anwar yang diatur bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang dinamakan sebagai orang tengah antara kedua-dua pihak sebelum dan selepas PRU13.
Ia difahamkan bahawa Indonesia mengambil berat dan menunjukkan minat terhadap senario politik Malaysia kerana kira-kira dua juta warganya bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah, pekerja di ladang dan dalam sektor pembinaan.
Ketegangan yang wujud antara kedua-dua negara berjiran mengenai penderaan pebantu rumah dan pendatang haram di kem tahanan menyebabkan Jakarta membiarkan jawatan dutanya di Kuala Lumpur kosong kira-kira sejak 18 bulan lalu hingga awal tahun ini.
Duta Indonesia ke Malaysia terkini ialah Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, yang pernah ditugaskan di sana pada Januari 2010 selepas selesai tugasnya sebagai duta di Iran.
Wisma Putra menggambarkan Syed Munshe sebagai seorang warga Indonesia paling berpengalaman kerana ini adalah tugas ketiganya di negara ini. MI
1 comment:
"Wisma Putra menggambarkan Syed Munshe sebagai seorang warga Indonesia paling berpengalaman kerana ini adalah tugas ketiganya di negara ini. MI"
Statement mende ni? Seorang warga Indonesia paling berpengalaman???
Post a Comment