Kalau nak diikutkan kesibukan serta bebanan kerja yang perlu di penuhi demi rakyat Terangganu pun kena ada Facebook. Bagi MKP tugas sebagai Menteri Besar tidaklah sehebat Perdana Menteri Malaysia. DS Najib Razak pun boleh ada Facebook takkan MB tak boleh?
Macam mana nak uruskan Facebook berkenaan!!! Pandai-pandai mencari altenatif yang sepatutnya. Takkan masih lagi nak duduk ditakuk lama.
Ini sudah kes melampau.Ada pihak cuba 'mandikan' Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said guna facebook palsu.Menerusi facebook berkenaan orang itu bukan saja menyamar sebagai beliau tetapi sudah buat pengumuman yang boleh menimbulkan kekeliruan rakyat.
Contohnya pengumuman cuti tambahan selepas cuti Hari Malaysia yang dimuat dalam Facebook itu dan dikesan pihak pejabat Menteri Besar Ahad lalu kira-kira pukul 5.38 petang.
Ekoran ini Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar itu,Rosli Zakaria telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pagi Selasa.
Menurut Rosli, Facebook yang dipalsukan itu lebih kepada penyamaran dan segala maklumat yang dimuat naik dalam akaun itu tidak benar dan lebih parah ia menimbulkan kekeliruan rakyat di negeri ini.
Katanya perbuatan seperti buat pengumuman cuti ini tidak benar sama sekali dan mereka yang tidak bertanggungjawab itu perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
"Penyamaran diri sebagai menteri besar di laman sosial ini dan fan page Facebook tersebut telah memanipulasi maklumat pentadbiran kerajaan sehingga mengelirukan rakyat," katanya.
Menurutnya, selain laporan polis, pihaknya juga akan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
Rosli berkata sepatutnya pengumuman cuti dibuat oleh setiausaha kerajaan negeri.
Bayangkan akibatnya jika pengikut Facebook mengambil serius status itu dan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu boleh melumpuhkan pentadbiran kerajaan negeri.
"Kita mempunyai akaun Facebook Menteri Besar yang asal namun pihak tidak bertanggungjawab itu mewujudkan page itu dengan URL yang berbeza dan telah disalahguna," katanya.AG
No comments:
Post a Comment