Entah apa yang membuatkan Guan Eng meroyan sehinggakan membuat kenyataan berikut dilaman Twitternya. Pada pendapat MKP Guan Eng bakal mengambil tindakan saman pada blogger terbabit. Biasalah SOP bagi pemimpin DAP nie bila kalah berhujah atau terkena pada hidung sendiri mulalah mengambil tindakan mahkamah.
Tindakan Karpal Singh yang mencabar Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya berhenti mendedahkan hasil siasatan, seolah-olah membuka pekung di dada sendiri kerana lebih banyak 'ulat-ulat' akan muncul.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, kenyataan Pengerusi DAP itu hanya akan menampakkan kegelisahan parti tersebut pada saat-saat akhir sebagai 'persediaan segera' jika siasatan tersebut tidak akan menyebelahi pihaknya.
"Kalau Karpal cabar henti dedah siasatan, lagi elok, kerana makin banyak ulat-ulat akan muncul, lagi dikorek, lagi banyak kesalahan mereka akan timbul.
DAP didakwa sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.
Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.
Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
No comments:
Post a Comment