exponegaraku

Friday, September 13

KETUA WIRAWATI PERKASA | PERLANTIKAN @MariniNasution BERKUATKUASA 5 SEPTEMBER 2013


Inilah lah Marini Nasution yang telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Wirawati Perkasa yang baru menggantikan saudari Zaira Bt Jaafar yang melepaskan jawatan pada 31 ogos 2013 yang lepas akibat faktor kesihatan.

Perlantikannya sebagai Ketua Wirawati Perkasa yang baru berkuatkuasa 5 September 2013 membolehkan NGO Melayu yang paling berpengaruh ini, tidak menunggu lama untuk meletakkan calon penggantinya.

Berpengalaman luas sebelum ini, sebagai Naib Ketua Wirawati Perkasa,malah berpengalaman sebagai Ajk Ekonomi Wirawati Perkasa tidak boleh disangkal lagi peranannya.

Mula menyertai Wirawati Perkasa sejak Oktober 2009 dan terlibat dalam pelbagai agenda memperkasakan Melayu malah digelar sebagai NGO paling RASIS oleh DAP membukti yang Marini sudah bersedia menggalas beban tugas ini.

Boleh ikuti perkembangan Ketua Wirawati Perkasa ini di akaun Twitter dan akaun Facebook -nya

MKP ucap Tahniah kepada Marini Nasution dan terus jadikan PERKASA sebagai NGO Melayu paling berpengaruh.

2 comments:

Anonymous said...

AsSalam. Harapan kami PERKASA dpt memilih atau mengesorkan penampilan "Wiranita PERKASA yg lebih kepada aura keIslaman. Ianya tidak susah melainkan ia dijadikan susah oleh tuan badanya.

Ida Harlina Ikhwan Nasir said...

Alhamdulillah, Puan Marini dah pakai tudung nampaknya. Sesungguhnya hidayah itu datang dari Allah dan bukan manusia.....

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive