Monday, April 2

BN AKAN MELINGKUP DI PULAU PINANG?



Gendang pilihan raya umum sudah semakin kuat kedengaran. Sebagai warga Pulau Pinang, saya masih tertanya-tanya apakah strategi yang dilakukan parti Gerakan untuk menawan kembali negeri ini ke pangkuan Barisan Nasional (BN).

Setakat ini tiada sebarang program untuk mendekati rakyat dan menjelaskan banyak kelemahan dalam pemerintahan DAP sekarang yang tidak pernah wujud pada zaman pemerintahan BN dulu. Saya lihat seolah-olah parti Gerakan sudah selesa dengan pemerintahan DAP, malah jika dilihat senario politik Lim Guan Eng yang biasanya hanya menyerang pemimpin UMNO menunjukkan kesepakatan antara kedua-dua parti berkenaan.Saya sudah menetap di Pulau Pinang hampir 16tahun dan ingin berkongsi sedikit sebanyak 'kebajikan' yang kami nikmati sekarang berbanding zaman pemerintahan BN dahulu.

Pertama, sekarang kalau rakyat guna air RM30, kami terpaksa membayar hampir RM40 kerana dikenakan surcas. Lebih tinggih jumlah air lebih tinggi surcas.Pada zaman BN dahulu tidak ada surcas.

Kedua, pada zaman BN dahulu sistem pungutan sampah sangat cekap dan dikutip tiga kali seminggu tepat mengikut jadual. Jarang-jarang sekali perlu membuat aduan mengenai masalah sampah. Tetapi hari ini sampah dikutip tidak menentu masanya. Kita boleh lihat setiap rumah terpaksa menyediakan dua tong sampah kerana masalah ini. Tong sampah besar yang ada di sekitar kawasan perumahan, kena tunggu melimpah  di tepi jalan, baru dipungut. Kadangkala terpaksa buat aduan kerana hilang sabar.


Ketiga, setiap meja peniaga restoran yang diletakkan di luar kedai dikenakan bayaran setiap 20 meja RM300. Pada zaman BN, peniaga terutama melayu jarang ada masalah dengan kerajaan negeri.

Keempat, kalau pada zaman BN dulu, apabila kita mengadu mengenai kerosakan lampu jalan dua tiga hari gerenti beres tetapi hari ini sebulan belum tentu siap. Malah pada zaman BN dulu setiap aduan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ada sistem trackingnya, tetapi hari ini setiap kali buat panggilan kita terpaksa ulang segala masalah kita dari A sampai Z.



Baca kisah selanjutnya di BLOGGER JUNIOR KAMPUS


MKP Ayat Sempoi : Agaknya bila terantuk baru nak sedaq,Akan tetapi luka itu akan sembuh ,parutnya tetap ada.......

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive