Friday, July 26

MELAYU UMNO AKAN PUPUS KALAU TELOQ MAKIN LAMA MAKIN HILANG.....


"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.

Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.
----
MKP Ayat Sempoi : Sampai Jentera UMNO sendiri pun korang tak boleh bantu Memang Melayu Bakal DiBangsatkan Oleh Bangsa Lain. Perjuangan UMNO membela Melayu Namun itu hanya indah dimulut tapi di Hati Lain......
 

5 comments:

Anonymous said...

nak buat macam mana ah jib gol lebih menyayangi bangsa lain selaian daripada bangsa melayu ...
hindraf didakap dipeluknya ...
dong zhong ... dipeluk diciumnya ...
perkasa dihentaknya ...
pekida di perlekehkannya ...

Anonymous said...

.. teloq memang dah lama hilang kena picit dengan kakak .. tu yang belai kucing tu... macam 'jambu' tua pulok rupa dia... elok nasihatkan dia berundur atau tukar masa AGM nie dengan yang lebih 'jantan'.. kalau tak ... nanti habis Melayu satu Malaya pupus kerana bala pondan tua nie .. BTW.. kena juga ingat ada lagi satu bala yang datang dari 'ox-fart'...

ben

Anonymous said...

Hampeh pemimpin Melayu yang telah layu.

Melayu Raya said...

Pemimpin UMNO perlu ingat siapa yg tolong Mereka kalu bukan org Melayu walau pun berat tangan mahu memangkah tapi apa pilihan yg ada?PAS?PKR? Poorahhh!Jadi kita seru pemimpin UMNO jangan jadi lembu kenyang dan penakut nak tolong bnagsa Melayu!!!tak sedar lagikah dlam pru 13 kena gigit tangan yg disuap???beri terlampau pd yg tak tahu berterima kasih.????...sampai bilakah pemimpin Melayu nak kena tipuuuu?

Anonymous said...

ketua pemuda umno tengah sibuk kempen utk dirinya gamaknya laa... tak lama lagi pau.. katanya dgr citer dah kencang cari sokongan undi.. cukup sudah dpt ketua pemuda mcm ni.. pemuda umno dah rongakkk gigi...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive