Penduduk kampung Teluk Bayu Kuala Besut rasa besar hati pada Selasa malam selepas Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menjadi imam solat mahgrib berjemaah di masjid kampung tersebut tadi.
Ramai yang belum sudah menjamah hidangan berbuka puasa, cepat-cepat basuh tangan, selepas diberitahu TPM yang jadi imam solat berjemaah.
Sebelum itu, semasa menyampaikan ucapan ringkas sebelum berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari kawasan sekitar, kariah kampung tersebut dimaklumkan berita gembira, permohonan mereka untuk pembelian permaidani dan penghawa dingin di masjid itu telah diluluskan.
Muhyiddin dalam ucapannya berkata berbanding negara lain yang mana rakyatnya hidup dalam kebimbangan seperti yang berlaku di Mesir dan Syria ketika ini, penduduk Malaysia pula mampu menjalankan tugas harian termasuk melaksanakan kewajipan berpuasa dalam keadaan tenang dan selesa.
Video ini adalah gelagat penyokong PAS yang bergelak ketawa sambil makan.Mereka tahu dengan pembohongan pemimpin PAS nie saja nak ambil hati penceramah.Ini menjelaskan bahawa orang PAS berkempen mesti nak kutuk dan memperlekehkan orang lain. Tak kira bulan puasa atau tidak...Apa Punya tur depa nie. Tapi penyokong PAS tak kisah walaupun apa pun kisah buruk pasal pemimpin mereka. Video StopaAli walaupun dah terbukti masih lagi menafikannya. So pada penyokong diatas pagar yang masih ragu-ragu pilihlah Tengku Zaihan Anak Ustaz.. Orang Muda
1 comment:
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kpd kami isteri isteri dan zuriat yg menyenangkan dan menggembirakan kami (dunia dan Akhirat) dan jadikanlah kami imam (contoh ikutan) bg org org yg bertaqwa". Aamiiin !
Post a Comment