Perumpamaan Melayu dulu kala mengatakan orang tamak dan gila kuasa selalu rugi dan akhirnya kecundang jua. Takkan kita mudah lupa dan alpa dengan pesanan orang yang terdahulu makan garam dari kita.
Semakin dekat tarikh pemilihan Umno, semakin banyak pandangan dan pendapat yang dilontarkan pelbagai pihak, kononnya atas nama memastikan usaha 'transformasi' parti Melayu itu menjadi.
Antara saranan yang dikemukakan ialah supaya menteri besar dan ketua menteri tidak bertanding merebut kerusi anggota Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti Oktober ini bagi memberi ruang kepada lebih ramai calon mengisi kerusi pentadbiran umno.
Ada pemerhati politik bersetuju dengan saranan itu atas dasar ruang dan peluang lebih afdal diberikan kepada anggota lain untuk berkhidmat dalam parti.
Namun ada pula yang berpendapat, tidak perlu menyekat mana-mana pihak untuk bertanding, selari dengan semangat demokrasi yang cuba diterapkan Umno pada pemilihan kali ini, yang memberi peluang sama rata kepada anggota parti untuk bertanding mana-mana jawatan, selagi mereka memenuhi syarat yang cukup minimum.
Semalam DS Dr Zahid Hamidi mengeluarkan kata nasihat pada MB Kedah supaya berjumpa dengan DS Najib Razak. Bagi MKP nasihat itu amatlah bermakna kerana didalam politik jika tergesa-gesa serta membuta-tuli akhirnya cepat dilenyapkan dari dunia politik. Pada Mukhiz Mahadir MKP berharap beliau mempertimbangkan keputusan menjadi calon Naib Presiden. Rakyat Kedah bertuah mendapat seorang MB seperti beliau. Masanya masih panjang buat MB Kedah.
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
4 comments:
Tuan MKP, DS Zahid memang pemimpin yg kita sokong utk kekal dlm kepimpinan tertinggi UMNO. Tapi takkan tuan tak dapat merasakan denyut nadi akar akar umbi umno yg mahukan pilihan calon di samping kebebasan tulen utk sama2 meentukan barisan kepimpinan? Maksud saya, apakah semua ketiga3 naib presiden dok ada perform & mesti dikekalkan? Masalahnya, pemimpin tertinggi kita (presiden, Timbalan, 3 naib pres) dah dok bincang sama2 depa & buat keputusan utk kekalkan diri sendiri (barangkali termasuk ketua wanita & pemuda, pu3 dah lebih umoq). takkan tuan tak tau 3 naib presiden dah selaraskan jentera masing2 & depa dah bergerak sebagai satu kapal (walaupun bertentangan dgn etika pemilihan umno). klu kena runding dulu tak betoi la pemilihan kali ni terbuka la, inklusif la, demokratik la. biaq la 150,000 perwakilan pilih dgn rela hati tanpa paksaan dari ateh. baru la barisan pimpian tertinggi betoi2 dapat mandat ahli, baru betoi transformasi!
Agak pelik sedikit saranan ini. Lebih pelik lagi datangnya dari seorang dari incumbent.Apakah maksudnya hanya incumbant sahaja yang boleh berkerjasama dengan Presiden, orang lain tak boleh? Dalam kata lain UMNO perlu mengekalkan status quo?
Bukankah UMNO telah ditransform supaya lebih bebas dan demokratik?
Mat boria.
Bukan menafikan hak sesiapa bertanding akan tetapi jika sudah ada 6 yang bertanding. natijahnya yang menanggung adalah calon yg kalah.adakah anda melihat,mengkaji serta berfikir secara mendalam pemilihan pada 2008 lalu.Suara akar umbi tak semestinya tepat dan betul.....
Anon 8:09PM, klu tuan x perasaan saya ulang: 5 pemimpin tertinggi dah putuskan depa kekalkan diri masing2. Memang depa mau status quo la tu. 3 naib presiden la ni dah kempen bersama secara rakit & jentera diselaraskan (ini melanggar etika pemilihan umno).
Post a Comment