Monday, September 5

800 bekas polis buat laporan polis pada Mat Sabu



Seramai 800 anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Kuantan hari ini membuat laporan polis dan mengadakan demonstrasi membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara.
Laporan dan demonstrasi itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Setiausaha PBPM Kuantan Rafai Abdul Kadir berkata anggota persatuan itu amat kecewa dan terguris dengan kenyataan menghina oleh Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, kerana mereka telah berjuang menentang Parti Komunis Malaya (PKM) berpuluh-puluh tahun lamanya.
Beliau berkata PBPM bermandikan keringat meredah hutan dalam Ops Indera Pahang Barat, Ops Kota Echo di Perak dan Ops Doayai Musnah 2 di Sadao Thailand dalam menjalankan tanggungjawab menentang PKM.
“Kami berjuang meninggalkan anak isteri… tidak meminta apa-apa balasan tetapi mahu jasa kami dihargai dan pengorbanan bergadai nyawa kami dijadikan lipatan sejarah menjaga keamanan negara,” katanya.
Rafai berkata persatuan itu mahu Mat Sabu dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana cuba memporak-perandakan keharmonian negara dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu, menyatakan Kompeni Ke-4 PKM yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada Februari 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah tentera penjajah British.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive