Monday, September 12

Pas tiru manifesto UMNO



Manifesto Pas mengenai negara kebajikan yang bertujuan meraih sokongan bukan Islam pada pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah hasil sentuhan UMNO.Pas telah mencipta idea manifesto yang diguna pakai Umno sejak merdeka 54 tahun lalu.Pas telah tertinggal jauh. Barisan Nasional (BN) sudah guna konsep kebajikan ini sejak dulu lagi. 


Pas baru nak guna sekarang semata-mata kerana mahu meraih undi bukan Islam dan meninggalkan perjuangan asal mereka yang berkonsepkan negara Islam.Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan manifesto yang akan dibawakan Pas pada PRU-13 berkonsepkan negara kebajikan.

Abdul Hadi berkata, beliau yakin manifesto itu, mampu menarik undi bukan Melayu dan mampu menghidupkan kembali amalan demokrasi yang gagal dilakukan Kerajaan Pusat.UMNO, langsung tidak tergugat dengan manifesto dibawakan Pas.

Apa yang dibawakan itu, Umno sudah guna lama. BN menggunakan kesatuan dalam kepelbagaian dalam mengurus tadbir pentadbiran yang mana sesuai untuk semua bangsa dan agama.Kerjasama antara Melayu, Cina, India dan kaum Bumiputera sentiasa diamalkan dalam BN, supaya semua perkara berjalan lancar.

Pas tidak usah buang masa untuk membawa negara kebajikan itu kerana BN yang memimpin negara hari ini telah banyak membuat kebajikan kepada rakyat.Pas tidak boleh nafikan perkara ini, setiap tahun ada sahaja peruntukkan yang diberikan bagi meringankan beban rakyat termasuk kemudahan awam.

Jumlah yang diberikan bukan sedikit, berbilion ringgit, malah kerajaan juga tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana negeri di bawah pentadbiran Pas mahupun Pakatan Rakyat seperti di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah.

kerajaan telah memperuntukkan RM15.5 bilion tahun ini sahaja bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.Dari segi pembangunan sebanyak RM28.3 bilion diperuntukkan tahun ini untuk sektor ekonomi bagi menampung keperluan infrastruktur, perumahan serta pembangunan masyarakat.

Tidak pernah terlintas kepada kerajaan hari ini untuk mendiskriminasikan negeri-negeri yang bukan di bawah pentadbiran BN kerana kerajaan tahu semua rakyat berhak mendapat apa yang sepatutnya.hala tuju Pas yang dilihat semakin terumbang-ambing sejak memasuki Pakatan Rakyat.

Pas dilihat lebih mengutamakan undi mereka sehingga sanggup mengubah pendirian memperjuangkan Islam.Jika mereka kata negara kebaji-kan itu juga perjuangan negara Islam, kenapa tidak terus menggunakan negara Islam itu?, kenapa perlu ditukar?.manifesto yang dibawakan Pas itu tidak mampu menawan hati pengundi bukan Melayu.








No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive