Sunday, September 18

LALAT BUAH DAN I.S.A.



Roh I.S.A kekal cuma ia akan kembali lebih baik lagi.isu ISA macam lalat buah.setiap tahun racun baru akan dibuat kerana racun lama kurang efektif sebab lalat hasilkan enzim imune kan racun tue.samalah dengan ISA dulu depa tak ada hak asasi manusia kini ada.ISA kurang kuat macam racun lapuk tak boleh bunuh lalat buah.


Sebenarnya , kajian utk permansuhan ISA ini bermula di sejak pentadbiran Tun abdullah ahmad Badawi  lagi dimana ketika itu , mantan PM Pak Lah telah mengarahkan 1 kajian undang 2 yang komprehensif utuk mengemaskini akta ISA tersebut.secara realistiknya sebelum pengumuman permansuhan tersebut dibuat sempena hari malaysia pada 16 hb september 2011 , pihak pentadbiran PM DS Najib dan pihak berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN)dan para pakar undang-undang telah merumuskan dan membuat 1 cadangan keatas hasil kajian mereka.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan pertemuan dengan pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat bagi memperkemaskan semua aspek mengenai pindaan dan cadangan Rang Undang-Undang Baru (RUU) membabitkan lima akta.



Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata perbincangan itu membabitkan cadangan pemansuhan dan penggantian RUU Pencegahan di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan serta RUU Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) selain cadangan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959.


Mereka juga akan akan membincangkan mengenai cadangan mekanisme penambahbaikan membabitkan aktiviti perhimpunan di tempat awam berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Katanya pertemuan itu turut akan membincangkan peranan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang diasaskan pada 11 Januari 1972 di atas penguatkuasaan Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964.


Selain itu, katanya KDN akan mengusulkan kepada Peguam Negara senarai semakan untuk penelitian membabitkan perincian peruntukan undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan peranan Rela terus kekal relevan dan digubal semula sebagai Akta Parlimen dan diletakkan sebagai undang-undang di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.


READ MORE

1 comment:

Mohd said...

ISA sekarang sudah tidak boleh dipakai.
Bila seseorang itu dikenakan ISA, ada saja permohonan habeous corpus utk melepaskan tahanan.
Akta yg baru mestilah lebih kukuh dan diketatkan undang2 supaya tahanan ISA tidak boleh bebas mengikut undang2.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive