Tuesday, September 20

MERPATI DUA SEJOLI MAT SABU DAN ANUAR.18sx


Mat Sabu kini bergelut dengan dakwaan isu rakaman perbualan ‘yang meloyakan’ antaranya dengan Normah Abdul Halim pada tahun 1994 manakala Anwar dengan pendedahan terbaru rakaman CCTV di lif apartmen Ampang yang menguatkan isu video seks dengan pelacur China.
Gelagat ayam sabung PAS ini yang cuba bersilat dan berselindung sebalik  NO KOMEN tentang rakaman suara perbualan seks bagai seorang romeo itu dengan isteri orang telah mencetuskan persoalan besar ke atas kredibiliti dan maruahnya.
Dakwaan hubungan Mat Sabu dengan Normah bukan satu mitos atau cerita dongeng. Mereka pernah didakwa di mahkamah syariah kerana dakwaan berkhalwat di Hotel Perdana. Mereka dibebaskan kerana tidak cukup bukti.
Waktu itu isu rakaman perbualan telefon antara mereka berdua ini tidak timbul lagi.
PAS sendiri nampak macam mati akal berdepan dengan dakwaan skandal rakaman perbualan itu kecuali setakat membuat ‘penafian politik’.
Kata orang kalau PAS mahu menegakkan maruah pemimpin orang nombor duanya secara berhemah ia wajar mencadangkan satu siasatan terperinci secara terbuka tentang dakwaan rakaman itu.
Soalnya adakah PAS berani? Belum dengar ada pemimpin PAS yang bercakap tentang itu setakat ini.
Siasatan terbuka memungkinkan banyak lagi yang terlondeh. Tak gitu?.
Selagi namanya tidak dibersihkan cara yang diyakini, Mat Sabu kena hidup dengan bayangan orang pada adunan wajahnya plus dakwaan suara seksinya yang ‘bercengkarama’ dengan Normah.
Gelagat pembangkang yang biasanya setiap minit mahu suruhanjaya bebas ditubuhkan ke atas apa juga dakwaan yang berbangkit ke atas kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional nampaknya tidak digunapakai langsung ke atas Mat Sabu dan juga Anwar.
Inilah al-kisah cakap tak serupa bikin.
Hakikatnya kalau benar, ini adalah skandal yang sendiri bikin...sendiri syok...tak kira bagaimana sekali pendedahan itu dibuat.
Begitu juga Anwar dan PKR yang terus berkokok mendakwa skandal video seks adalah mainan Barisan Nasional untuk mencemar imenya menjelang PRU13.
Anwar pun tahu kalau (benar) beliau tidak panjat apartmen di Ampang itu tidak ada apa yang boleh direkacipta video sebegitu rupa yang sudah disahkan pakar 99.9 peratus tulin.
Beranikah Anwar berdepan dengan siasatan terbuka tentang dakwaan skandal ini?
Ini bukan dakwaan kosong. Ia lengkap dengan babak seks dan jauh dari itu rakaman CCTV detik beliau dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah naik dan turun apartmen.
Siapa yang berbohong?
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dulu tidak tunggu lama untuk umum letak jawatan selepas video seksnya tersebar.
Beliau sendiri tahu tidak ada gunanya menuduh rakaman itu adalah angkara orang itu atau orang ini kerana...beliaulah orangnya dalam video itu.
Siapa saja yang ada otak dan rasional pemikirannya tahu menilai.
Apapun Anwar tahu sangat apa akibatnya jika angkat bendera putih macam Dr Chua.
Seperti juga Mat Sabu, beliau kini hidup dengan ‘harap-harap’ orang masih tetap tidak percaya apa yang mereka lihat dan dengar.

Sebab itulah dalam reaksinya kepada pendedahan CCTV di lif, Anwar macam sudah habis alasan nak korner kot mana. Paling tidak hanya sanggup kata tidak mahu layan.
“ Buat apa kita layan blog yang diperalat oleh UMNO,” beliau dipetik sebagai berkata.
Semua orang tahu sampai hari ini beliau tidak bertindak saman Datuk Sharzly Eskay Abdullah.
Blogger Papagomo pun patut disamannya sampai terkangkang tergolek.
Hairan sampai hari ini ia tidak berlaku.
Ramai yang bertanya apa yang buat Anwar tidak berani.
Kalau setakat berani macam Ahli Parlimen PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul mendakwa ada orang yang dimakeup macam Anwar untuk beraksi dalam video seks itu sudah macam ‘lawak bodoh’.
Bayangkan penjenayah-penjenayah yang aksi mereka dirakam dalam CCTV ketika melakukan jenayah akan ketawa berguling-guling mendengar kisah orang kuat Anwar ini pergi ke Thailand mencari makeup artis untuk merubah wajahnya macam P Ramlee ‘yang tidak jadi’.
Dr Chua patut sudah ambil idea Johari waktu awal kesnya dulu. Lagipun kualiti rakaman pada videonya jauh lebih kabur berbanding dengan video yang didakwa melibatkan Anwar.
Mungkin Presiden MCA itu tahu dan sedia maklum orang tidak semuanya bodoh untuk diperdaya sebegitu rupa.
Pokoknya sendiri bikin...sendiri tanggung.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive