Tuesday, September 27

Pengerusi BN Penang Jatuh Basikal.



Really Gambar Koh Tsu Koon Jatuh Basikal pada program kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran yang diadakan beberapa hari lepas. Dengan kesungguhan dan semangat yang tinggi, kayuhan amal itu juga di hadiri oleh Najib Razak, Koh Tsu Koon dan beberapa orang jemaah menteri lain.



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat perjanjian projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) di Relau, yang didakwa merugikan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata pembinaan SPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemaju iaitu, Eco Meridian Sdn Bhd.

Katanya satu laporan berhubung perkara berkenaan akan dibuat secara rasmi kepada SPRM oleh Pemuda BN Pulau Pinang dalam masa terdekat.

"Terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada pihak pemaju projek terbabit dan ia menimbulkan persoalan kerana ada di antara syarat perjanjian yang ditandatangani pada 19 Ogos lepas akan menyebabkan hasil berjumlah RM488 juta yang sepatutnya dinikmati rakyat Pulau Pinang hilang begitu saja.

"Kami juga mempunyai alasan yang kukuh terdapat perjanjian yang boleh dipertikaikan yang membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), kerajaan negeri dan pemaju, jadi kami mahu SPRM menyiasat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Taman Chai Leng, dekat sini, hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan BN Pulau Pinang, Datuk Dr Loga Balan Mohan.

Dr Teng yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata BN turut meragui penjualan tanah di kawasan pembinaan SPICE kerana ia dijual lebih murah daripada harga pasaran semasa kepada pemaju bagi tujuan pembinaan sebuah hotel.

"Tanah itu dijual dengan harga RM100 kaki persegi sedangkan harga pasarannya adalah RM300 kaki persegi, kenapa ia dijual dengan harga murah? Ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab pihak berkenaan," kata beliau.

Katanya beberapa syarat dalam perjanjian itu juga memberi kelebihan kepada pemaju antaranya ialah pemberian tambahan 1,500 unit rumah kepada pemaju yang bakal menyebabkan rakyat negeri ini kehilangan RM450 juta.

"Rakyat juga bakal mengalami kerugian lebih RM10 juta berikutan tindakan kerajaan menyediakan tanah secara percuma kepada pemaju bagi membina sebanyak 450 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah bersaiz tidak lebih 650 kaki persegi berharga minimum RM72,500...syarat itu jelas merugikan rakyat," katanya.

Beliau berkata BN memperjuangkan isu berkenaan kerana ia merugikan penduduk Pulau Pinang dan hanya menguntungkan pemaju semata-mata.

"BN juga terima pelbagai maklum balas kurang senang daripada rakyat berhubung projek itu dan sebagai rakyat negeri ini, kami sudah tidak boleh bersabar dengan tindak tanduk kerajaan negeri dalam mentadbir negeri ini," katanya. -- BERNAMA




No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive