Wednesday, September 21

Kes liwat:Pakar DNA Australia kantoi



Laksana telur mengata timun tidak pandai duduk! Sibuk mengata orang lain kurang bijak, padahal dia sendiri bodoh!

Itulah gambaran paling tepat untuk pakar DNA dari Australia, Dr Brian Mc Donald yang dibawa oleh peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan kes pertuduhan liwat ke atasnya.


Sejak mula memberi keterangan sebagai saksi pembelaan keempat dalam kes itu, Dr Brian McDonald tak sudah-sudah mendakwa dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak cekap, tidak ikut prosedur dan macam-macam lagi dalam usahanya memperkecil dan menjejaskan kredibiliti mereka.

Di Mahkamah Tinggi, pada Selasa, ketika menyoal balas, Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah memulangkan paku buah keras apabila dia mengatakan McDonald bukan seorang pakar kerana beberapa kelayakan yang diperolehinya sudah dipertikaikan di mahkamah di negaranya sendiri serta kaedah yang dipelajarinya ketinggalan zaman.

Yusof mengambil contoh  kes yang dibicarakan di Mahkamah Daerah di Western Australia pada 2007 yang memutuskan bahawa bukti keterangan yang diberikan oleh Mc Donald tidak boleh diterima kerana kelayakannya diragui.

Menurut Yusof, hakim mahkamah berkenaan ketika membuat rumusan, mengatakan dia tidak tahu dari mana atau dari siapa Mc Donald mendapatkan kepakaran mengenai DNA dan molecular genetics.

Yusof juga berkata kelayakan McDonald yang diperolehi pada tahun 1992 adalah ketinggalan zaman.

Ketika ditanya oleh Yusof bagaimana dia memperoleh kepakaran dan pengalaman, Mc Donald berkata dia memperolehinya menerusi ujian serta analisis serta kerja-kerja yang dijalankannya.

Apabila ditanya bilakah kali terakhir dia menjalankan ujian DNA, Mc Donald menjelaskan dia telah menjalankan sebahagian daripada ujian berkenaan pada 2004.

“Untuk menjadi seorang pakar, awak sepatutnya melakukan ujian secara berterusan,” kata Yusof. – - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL AGENDADAILY.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive