Friday, September 2

Karpal DAP VS Mat Sabu



Desakan oleh Karpal Singh agar Mat Sabu menarik semula kenyataannya yang menyinggung pelbagai pihak terutama anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap Komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong sebenarnya mempunyai makna yang sangat signifikan terhadap perjuangan DAP.

Biarpun kelihatan berlapik dan kelihatan sangat wajar, namun helah seperti yang dilakukan oleh Karpal Singh seharusnya diperhatikan dan diperhalusi dengan sebaik-baiknya.

Perlu diingat, kehadiran Karpal Singh di bumi yang sekarang ini bernama Malaysia, bermula daripada kumpulan anggota polis Punjab yang menjadi kerahan di Tanah Melayu pada era penjajah Komunis. Sebahagian besar anggota polis pada zaman penjajah Inggeris adalah terdiri daripada warga India berketurunan Punjab.

Melabelkan anggota polis pada era itu sebagai anjing penjajah bererti memperakui bahawa leluhur Karpal Singh di negara ini sebagai golongan upahan Inggeris. Dan walaupun Mat Sabu merujuk kepada anggota polis Melayu di Bukit Kepong, namun tekanan kepada keseluruhan anggota keselamatan pada waktu itu, tidak dapat tidak, sangat memalukan Karpal Singh dan keturunan Punjabi yang lain!

Namun, dalam satu hal yang lain, walaupun mungkin ada 'cubaan menyelamatkan keturunannya', kata-kata Karpal Singh ada benarnya. Sejarah 61 tahun dahulu yang cuba dicungkil oleh Mat Sabu sebenarnya tidak adil untuk diperkatakan dan diperdebatkan mengikut perspektif masa kini.

Sama ada anggota polis pada waktu itu upahan atau sebaliknya, yang pasti mereka telah berjaya menyelamatkan penduduk negara ini daripada dijajah oleh komunis. Mudarat yang diakibatkan oleh komunis jauh lebih besar berbanding mudarat yang disebabkan oleh British.

Itu adalah sesuatu yang sangat pasti!

Jadi, apabila Karpal Singh mendesak agar Mat Sabu menarik kembali kenyataannya, tidak nampak sebarang jalan untuk Mat Sabu untuk tidak melakukannya, biarpun pada masa yang sama, para pencacai cuba melarikan topik tersebut dengan terus mencungkil tentang tiadanya pengiktirafan kepada tokoh-tokoh tertentu.

Satu kesilapan besar yang mereka telah lakukan kerana mereka sebenarnya mendedahkan tentang kejahilan mereka tentang mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah yang mendidik generasi muda agar lebih memahami sejarah negara, termasuklah sumbangan yang diberikan oleh golongan-golongan nasionalis kiri yang diharamkan oleh British!!!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive