Monday, September 12

PM Pekena Peknga Dirumah Pengundi.



Seorang suri rumah di Kampung Padang Ibu, di sini, terharu apabila menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nor Asmah Othman, 41, berkata beliau berasa berdebar-debar apabila diberitahu bahawa Perdana Menteri akan melawat rumahnya dalam Program Sentuhan Rakyat anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), tiga hari lepas.
Nor Asmah berkata, walaupun pada mulanya hatinya berdebar-debar namun selepas beberapa ketika berbual-bual dengan Perdana Menteri, beliau berasa seolah-olah sedang bersembang dengan seorang kawan.
"Najib memang seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan amat mesra ketika bersembang dengan rakyat.
"Saya amat berterima kasih dan terharu dengan lawatan Perdana Menteri dan sudi memberikan bantuan kepada keluarga kami," katanya selepas lawatan Najib ke rumahnya di sini, Ahad.
Najib yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran KPKK di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, tiba di rumah Asmah kira-kira 11.40 pagi dan berbual-bual dengannya suri rumah itu selama 20 minit.
Najib bersama Menteri KPKK Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Masnah Rais turut merasai citarasa tempatan seperti Peknga (Roti Nyior) yang dimakan bersama kuah ayam dan cendawan goreng yang disediakan Nor Asmah.
Menurut Asmah, Najib memberitahunya masakan cendawan goreng amat sedap dan sama seperti sotong goreng yang dimakan dengan sos.
"Beliau (Najib) amat menyukai masakan cendawan goreng dan beliau turut menanyakan resipi menyediakannya," katanya.
Nor Asmah yang mempunyai enam orang anak, berkata suaminya menghidap penyakit kulit kronik dan beliau terpaksa berniaga menjual tepung goreng masala bagi menampung kehidupan seharian keluarga.
Katanya, rumah pusaka yang dihuni keluarganya sebelum ini telah usang dan kebanyakan bahagian rumah telah rosak dimakan anai-anai.
"Rumah kami boleh dikatakan 70 peratus telah rosak dimakan anai-anai namun selepas mendapat perhatian pihak kementerian dan bantuan badan bukan kerajaan, rumah kami telah dibaik pulih dalam masa tiga hari," katanya.
Sementara itu, Najib turut berkesempatan berjumpa dengan seorang konstabel wanita pertama negara, Bedah Mohamed, yang berkhidmat ketika negara dalam keadaan darurat.
Bedah, 91, dari Nibong Tebal, berkata beliau telah mula berkhidmat sebagai konstabel ketika umurnya 30 tahun dan ditugaskan menjaga kem di kawasan Nibong Tebal.
"Ketika itu, saya tidak berasa takut kepada komunis yang kejam dan dalam hati saya hanya untuk menjaga keamanan negara," katanya.
Beliau berkata tugas beliau ketika itu adalah untuk menjaga pintu kem-kem bagi mengesan orang tempatan yang cuba menyeludup beras atau gula untuk puak komunis.
"Saya berasa bangga dan terharu dengan pengiktirafan Najib dan berterima kasih dengan kerajaan Malaysia," katanya.
MKP kata inilah pemimpin yang disukai rakyat,yang lain kena ingat berubah atau diubah.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive