Ini Program Kerajaan Dato.. Bukan Program UMNO!
Majlis anjuran kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Hari ini meriahlah persediaan untuk menyambut Najib dilakukan di kawasan Permatang Pauh, mana-mana jalan yang bakal dilalui Najib yang didapati berlubang ditampal JKR hingga ke petang.
Katanya ini Program Kerajaan Pusat.. tapi kalau korang tengok sebahagian dari gambar di bawah ianya tidak lebih dari Program UMNO..
Dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu
Bendera UMNO digantung seolah-olah ini Program UMNO
Lagi Bendera UMNO..
Bendera UMNO lagi....
Bila PKR/PR turut memasang bendera untuk meraikan Najib..
Suasana nampak macam Pilihanraya..
Kita semua sedia maklum setiap kali ada majlis sambutan rumah terbuka peringkat kebangsaan,sudah pasti rakyat berbilang kaum mencecah puluhan ribu yang hadir.
Lim Guan Eng dan barisan exconya juga diramalkan akan hadir, kehadiran mereka tak lain tak bukan hanya untuk menutup rancangan jahat untuk menggagalkan majlis rumah terbuka tersebut dan dalam masa yang sama mahu menunjukkan beliau turut menyambut kehadiran PM ke Pulau Pinang.
Apa salahnya jika haprak pakatan turut serta menyambut majlis rumah terbuka tersebut,memandangkan ia untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengenal batas politik.Tetapi mereka lebih memilih untuk melakukan provokasi jahat sedangkan kita tahu isu yang dimainkan oleh mereka ternyata satu fitnah besar yang mereka sendiri gagal buktikan.
No comments:
Post a Comment