Thursday, September 15

Superman Pulau Pinang.




Persepsi umum mengenai Pulau Pinang sejauh melibatkan Gerakan dan Tan Sri Koh Tsu Koon ialah parti dan pemimpinnya bukan sahaja sudah tidak relevan kepada pulau itu, malah sudah menjadi sejarah masa silam yang tak perlu dikenang-kenangkan lagi.

Dalam masa hanya dua tahun Pakatan Rakyat ambil alih negeri itu, segala sumbangan BN kepada rakyat seperti sudah dilupakan.

Hakikatnya hari ini Pulau Pinang sudah tidak lagi dikuasai BN. Usaha DAP melalui Projek Tanjung 1 dan Tanjung 2 dalam beberapa pilihan raya umum lalu akhirnya jadi kenyataan dengan bantuan Pas dan PKR.

Tidak siapa duga jambatan Pulau Pinang yang dibina menghubungkan tanah besar dengan pulau kini sudah tidak lagi menjadi simbol kejayaan BN walaupun ia menjadi laluan utama.

Sewaktu idea pembinaannya mula diuar-uarkan, Tun Dr Mahathir Mohamed ialah Perdana Menteri manakala Ketua Menteri Pulau Pinang pula ialah Tun Lim Chong Eu. Bukan sahaja rakyat negeri itu menerima idea ini dengan baik, malah kepimpinan Gerakan di bawah Chong Eu juga cukup dihormati oleh pengundi Cina, Melayu dan bukan Melayu.

Pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Pulau Pinang jauh mengatasi majoriti negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Pahang iaitu negeri yang melahirkan dua PM negara.

Pengundi-pengundi Cina dan Melayu tidak nampak DAP atau mana-mana pembangkang sebagai pejuang yang bakal diraikan. Malah ketika itu nama Kit Siang dan Karpal sekadar satu nama yang tidak memberi makna tidak seperti nama Chong Eu dan Koh Tsu Koon serta Tun Rahman Abbas, Datuk Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika berada dalam Umno).

Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan DAP buat pertama kali menggantikan BN sebagai parti pemerintah di Pulau Pinang dan anak Melaka, Lim Guan Eng (anak Kit Siang) yang bertanding di Dun Air Putih menang dan dilantik menjadi Ketua Menteri. Tsu Koon bukan saja gagal merebut kerusi Parlimen malah parti Gerakan yang dipimpinnya kecundang. Dalam sekelip mata Umno kehilangan sebuah kerajaan dan terpaksa pula duduk di barisan pembangkang sebagai pembangkang manakala Tsu Koon berada di Putrajaya.

Walaupun umum melihatnya sebagai tidak wajar diberi jawatan menteri, namun Perdana Menteri ada sebab untuk tidak ikut pendapat umum. Saya teringat seorang penulis menganggap dia seperti seorang superman yang tidak boleh terbang. Nampaknya apa pun konotasi superman – sama ada boleh terbang atau sebaliknya - terhadap Tsu Koon dalam konteks Pulau Pinang, ia nampaknya seperti sudah tidak berguna lagi. Masa berlalu hanya memperlihatkan Gerakan semakin hilang pengaruhnya di negeri itu.

Mujurlah beberapa hari lalu, Pulau Pinang dilawati oleh superman baru dalam bentuk PM Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Sebagai tokoh yang sudah masak dengan strategi politik, Najib memilih untuk membawa pendekatan ‘sertailah ia apabila anda tidak boleh menawannya’. Najib merasakan tidak ada gunanya cuba mematahkan pengaruh DAP dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan cara konvensional.

Justeru dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di SMK Guar Perahu, Permatang Pauh, 11 September lalu yang turut dihadiri Guan Eng dan barisan Exco negeri, Najib berkata, “Kita mungkin ada perbezaan politik tetapi dari segi kepentingan rakyat Pulau Pinang, kita akan teruskan (pembangunan) tanpa dipengaruhi fahaman politik....” Kini, Kerajaan Persekutuan sedang membangunkan sebuah lapangan terbang baru ganti lapangan di Bayan Lepas yang sudah uzur, membangunkan Jambatan Kedua dan Empangan Mengkuang. Apakah DAP masih mahu bermain politik dengan mengatakan semua ini membazir?

Kita tunggu sahaja kiranya ada tokoh Melayu berkemampuan menjadi superman baru bagi penduduk pulau mutiara itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

3 comments:

Shahrul said...

percaya la ....sampai mati pun PP tak kan dapat diambil balik oleh BN......aku dah nampak situasi ni di PP masa aku bekerja kat Jawi dan Peraitempoh hari.....walaupun seminggu tapi dah tahu macam mana....hanya UMNO sahaja diterima oleh orang melayu PP

Anonymous said...

Pelik. They are not part of a nation building but biasalah olang Cina pandai claim macam2 ho.

Anonymous said...

ini artikel pasal PP, tp apa kaitan gambar awek dkt atas tu dgn artikel yg kamu tulis ni?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive