Orang politik diminta tidak masuk ke universiti dan menerap budaya politik yang kurang ajar sehingga mengganggu kehidupan siswa yang sepatutnya memberi tumpuan terhadap pelajaran.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, apa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim pada awal pagi 1 Januari lalu adalah contoh campur tangan orang politik dalam kehidupan pelajar.
Agenda politik, itu yang kita perlu ketahui bila pembangkang dan para media upahannya hand to hand menuduh polis kejam dalam menyuraikan demosntrasi pelajar di UPSI awal pagi tadi dikala belum apa-apa pun terbukti. Pendeknya, depa sendiri tertuduh, peguambela, pendakwaraya dan hakim dikumpulkan sekali gus untuk menyerang intergriti pasukan polis.
Belum apa-apa, gambar orang berbalut dan kain yang ‘dilumuri’ darah sudah disiarkan ke serata pelusuk negara bagi menggambarkan seolahnya berlaku kekejaman dalam usaha polis menyuraikan rusuhan pagi tadi.
Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI di dalam laman facebooknya menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.
Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis.
Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.
Sebenarnya, cerita ‘keganasan polis’ ini kemudiannya akan dicantum dengan tindakan budak keding Adam Adli menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri beberapa minggu sudah dan dicantumkan untuk mencipta persepsi buruk kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.
Kononnya, negara ini dibawah ’police state’ dan menghalang suara mahasiswa.
Maaf cakaplah, zaman-zaman ‘Ombak Rindu’ ini, semua rakyat pun dah faham drama berakhir macam mana sekadar mengikuti episod pertama dan kedua sahaja. Sama juga halnya dengan so called ‘keganasan polis’ di UPSI yang dimainkan semua media pembangkang hari ini.
Penulis yakin, semuanya pun dah siap, video dan apa segala yang boleh saja dimuat turun ke Youtube dengan segera tanpa menunggu apa-apa yang lain - kalau betul ‘keganasan polis’ itu wujud. Tapi bila gambar saja yang ditunjukkan, penulis dah tau dah, ini satu lagi pembohongan dan pembohongan memang jadi kegemaran pembangkang di Malaysia.
Dengar cerita, ada Timbalan Menteri BN juga sudah bersiap-siap untuk menyalahkan polis sama. Boleh agak ke siapa dia?
No comments:
Post a Comment