Polis menafikan menggunakan kekerasan ketika meleraikan kira-kira 70 pelajar yang menyertai perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) .Dalam demonstrasi itu dua pelajar cedera, apabila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal apabila kumpulan penuntut yang menyertai perhimpunan tersebut cuba melarikan diri selepas diarah bersurai.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.tuduhan yang mengatakan bahawa polis membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semata-mata untuk menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan tersebut juga adalah fitnah.Seramai 67 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim ditugaskan seawal pukul 5 petang untuk mengawal keadaan di UPSI tanpa melibatkan mana-mana anggota polis dan FRU dari luar.
Malah, polis juga cuba berunding dan menasihatkan kumpulan penuntut itu supaya bersurai namun tidak diendahkan. Polis tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan terhadap mereka.Tindakan sekumpulan pelajar melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang berhimpun di UPSI sejak pukul 1 pagi.Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967, Seksyen 141 Kanun Keseksaan, Seksyen 145 kerana berada di dalam satu perhimpunan haram dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam.
Peguam kurang cerdik mendengar fakta dari sebelah pihak dan mendahului keputusan oleh pihak berkuasa.Tunggulah dulu sisatan dibuat baru keluarkan tuduhan,Silap hari bulan depa nie pulak dituduh menghasut.
1 comment:
Itu bukan FRU tapi LSF (Light Strike Force) ini memandangkan perhimpunan x lebih 100 org.dalamperlembagaan dibenarkan berhimpun tetapi mestilahtidak menggangu ketenteraman awam.perhimpunan di upsi telah menghalang lalulintas yg digunakan oleh org awam serta peserta perhimpunan cuba merosakkan pintu pagar dan pagar upsi jd pdrm terpaksa bertindak.tindakan pihak pdrm adalah lebih lembut berbanding tindakan yg diambil oleh polis anti rusuhan seprti di korea,mesir,india serta di china,amaran telah diberikan oleh pihak pdrm suruh bersurai tetapi peserta perhimpunan ini enggan malah telah provok pdrm dgn memanjat pagar serta ingin merobohkannya,pd pandangan sy ini tidak wajar dibiarkan kerana itu adalah hak kemudahan upsi,pihak upsi perlu mempertahankan hak mereka.contohnya kalau org2 cuba menceroboh rumah kita adakah akan berdiam diri shj?jln terbaik adalah memaklumkan pd pdrm.jd di sini faktor2 pencegahan perlu supaya ianya tidak mencetuskan perkara yg lebih besar lg.sy rasa tercetusnya perkara ini atas dasar ingin memperjuangkan hak seseorang individu setelah terlajak perbuatan dan ingin menutup segala kelemahan yg sdg dia(adam) hadapi.justeru perhimpunan ini kononnya sbg melaung-laungkan anti auku tetapi sebenarnya tidak,ianya sekadar ingin menutup kerlanjuran perbuatan yg telah dilakukan,itulah sebab mengapa eleman politik dimasukkan di dlm himpunan ini supaya himpunan ini lebih gah dan provokasi.pada yg menterbalikkan gambar dtk seri najib adakah anda berfikiran ke hadapan?andaikata sy menterbalikkan gambar bapa anda,apa anda rasa?marah atau suka?ds najib ada anak,apa rasa hati anaknya?suka atau marah?pada adam kalau sy pergi ke rumah anda dan menurunkan gambar bapa anda di dinding dan adakah anda suka atau marah?persoalannya cuba anda jelaskan pd rakyat m'sia secara jujur apa yg menyebabkan anda melakukan perbuatan itu?apakah faktor2nya?politik atau auku?atau utk menarik perhatian?perhatian kpd siapa?anda sbg seorg yg terpelajar mesti tahu,apa sebab sesuatu akta itu di wujudkan.mengapa dan kenapa?setiap sesuatu akta itu ada yg perlu di gubal serta penambahbaikan dan ada yg perlu di mansuhkan mengikut kesesuian zaman dan keprluan keperluan dan ada yg perlu dikekalkan.jadi tujuan kita masuk universiti adalah untuk belajar serta mengkaji apa yg di perlukan untuk menjadi seorg manusia dlm pd masa yg sama cuba utk menaikkan taraf keluarga masing2 kerana di bahu anda semua(pelajar u)diletakakn harapan setiap ibubapa utk melihat anak2 nya berjaya.oleh sebab itu jgn khianati ibubapa anda dgn perjuangan yg sia2.
Post a Comment